Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rita Ora Mengaku Dicabul...

PENYANYI dan pelakon muda berbakat besar, Rita Ora mengaku dia telah dicabul ketika...

Rodziah Tinggalkan Khalid, Akur...

SHAH ALAM - Anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Rodziah Ismail berkata...

Tidak Serik Ditahan Guna...

MIRI - Bot-bot kargo milik syarikat One United Seafood Trading Sdn Bhd (One...

60 Peratus Benua Eropah...

LONDON – Balai Cerap Kemarau Eropah (EDO) menganggarkan sekitar 60 peratus rantau Kesatuan...

Kisah Orang Kaya Curi Minyak Masak Subsidi Orang Miskin

ISU kenaikan harga minyak masak susulan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak mengikut harga pasaran ialah topik yang sangat sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perkara yang berkaitan dengan makanan adalah lazimnya perkara yang tidak boleh dibawa main-main dan saya percaya ‘perut’ yang lapar boleh menyebabkan kerajaan sesebuah negara digulingkan daripada tampuk kuasa.

Namun adakah rakyat negara ini sudah terbeban dengan keputusan pihak kerajaan untuk memansuhkan subsidi minyak masak dalam bentuk produk bukan paket 1 kilogram (kg) ke atas?

Saya pasti ada yang terbeban dan tipulah kalau kata tidak ada langsung yang terbeban ditambah dengan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel bagi bulan November 2016.

Banyak yang ‘naik minyak’ apabila kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak tetapi tidak banyak yang tahu berapakah kerajaan kena belanjakan setiap tahun untuk menampung subsidi minyak masak tersebut.

Subsidi minyak masak atau lebih dikenali sebagai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak/Cooking Oil Stabilisation Scheme (COSS) [1] adalah skim yang sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan.

Ia digubal untuk membantu mengawal harga minyak masak terhadap pengguna di samping untuk menampung kerugian dialami pengilang dan pembungkus minyak masak akibat kos minyak sawit mentah yang tinggi.

COSS mula diperkenal dan dilaksanakan pada tahun 2007 lalu sebagai salah satu daripada langkah-langkah khas untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

Haikatnya COSS ditampung oleh kerajaan melalui pengenaan bayaran ke atas syarikat-syarikat pengusaha ladang kelapa sawit dan pengeluar minyak kelapa sawit. [2]

Berikutan itu, harga minyak masak di Malaysia sebenarnya lebih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau ASEAN [3]: * Data setakat April 2014 kerana itu kali terakhir dikemas kini oleh KPDNKK:

graf1

Sejak 2010 (data terawal disedia), kerajaan telah memperuntukkan secara purata RM1.05 bilion untuk COSS bagi menampung subsidi minyak masak kepada pengguna melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
graf2
graf3

Sepanjang 2012, harga minyak sawit turun dan kekal pada paras di bawah RM2,500 setan seiringan dengan itu peruntukan perbelanjaan untuk COSS juga berkurang dari 2012 hingga 2014 dan kemudian naik semula pada 2015.

Jadi sedikit sebanyak kita semua sudah faham apa itu subsidi minyak masak atau COSS, berapa peruntukan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk subsidi minyak masak ini dan juga kenapa peruntukan berubah setiap tahun.

Seterusnya mari kita lihat perbelanjaan bulanan isi rumah di Malaysia untuk minyak masak berdasarkan data Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2014 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia. [11]

graf5

Menurut bancian Jabatan Perangkaan di seluruh Malaysia, setiap isi rumah secara purata belanja RM17 sebulan untuk minyak masak atau hanya 0.5% daripada keseluruhan perbelanjaan bulanan isi rumah Malaysia.

Saya tidak boleh bercakap mewakili pihak orang lain, mungkin ada yang membelanjakan untuk minyak masak lebih daripada RM17 setiap bulan dan ia bergantung kepada saiz isi rumah itu sendiri.

Bagi saya secara peribadi ia konsisten dengan penggunaan isi rumah biasa yang membeli minyak masak 5kg setiap bulan berharga lebih kurang RM13 hingga RM14 sebelum subsidi itu dimansuhkan bermula 1 November 2016.

Seterusnya mari kita lihat pula pola perbelanjaan penggunaan isi rumah untuk minyak masak mengikut kelas kumpulan perbelanjaan:

graf6

Keputusannya, semakin tinggi kelas perbelanjaan sesuatu isi rumah, maka semakin tinggi juga perbelanjaan ke atas minyak masak sesuatu isi rumah tersebut.

Secara logiknya, isi rumah yang berpendapatan tinggi juga akan membeli lebih banyak minyak setiap bulan lebih daripada isi rumah yang berpendapatan rendah.

Oleh yang demikian, isi rumah yang berpendapatan tinggi ini akan menerima lebih banyak subsidi minyak masak daripada kerajaan berbanding isi rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, restoran dan kedai makan juga menikmati subsidi minyak yang disediakan kerajaan dan kumpulan isi rumah yang kebiasaan membelanjakan wang untuk makan di luar adalah kumpulan isi rumah berpendapatan tinggi.

graf7

 

Isi rumah yang berbelanja bawah RM999 setiap bulan hanya membelanjakan RM82 sebulan untuk makan di luar rumah manakala isi rumah berbelanja lebih RM10,000 setiap bulan membelanjakan RM1,367 sebulan untuk makan di luar rumah.

Secara tidak langsung juga, ini membuktikan kumpulan isi rumah yang berpendapatan tinggi bahkan menerima subsidi minyak masak apabila mereka makan atau minum di luar rumah.


Apabila isi rumah berpendapatan tinggi menikmati lebih banyak subsidi daripada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, subsidi minyak masak ini boleh dikira sebagai regresif.

Senario ini sama seperti isu subsidi pukal petrol dan diesel dua tahun lepas apabila golongan berkereta mewah lebih banyak isi minyak berbanding golongan berkereta murah ataupun golongan yang tiada kenderaan langsung.

Subsidi pukal berbentuk regresif ini adalah tidak adil dan sepatutnya subsidi disasarkan kepada golongan yang lebih memerlukan dan golongan yang mampu sepatutnya kena membayar pada harga pasaran.

Sebab itu, kerajaan meningkatkan bayaran BR1M kepada isi rumah dan individu yang layak, supaya subsidi ini dapat disalur terus kepada mereka yang memerlukan di samping dapat mengurangkan beban kepada isi rumah yang terkesan apabila subsidi minyak masak dan subsidi pukal yang lain dihapuskan.

Saya ada terbaca ada yang mempertikaikan kenapa subsidi minyak masak dihapuskan sedangkan Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia (dibaca: sebenarnya kedua selepas Indonesia).

Untuk rekod, meskipun Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak sawit yang terbesar dunia, hasil jualan kelapa sawit dan minyak sawit bukanlah 100% diperoleh semula oleh pihak kerajaan Malaysia.

Kerajaan hanya kutip cukai dan levi ke atas hasil iaitu duti eksport minyak kelapa sawit mentah, duti eksport minyak kelapa sawit diproses, duti eksport isirong kelapa sawit, levi minyak kelapa sawit dan levi buah kelapa sawit.

graf8
Angka-angka hasil pendapatan sebenar di atas boleh disemak dalam Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan di dalam laman web Perbendaharaan Negara seperti pautan di bawah:

Secara purata hasil kelapa sawit yang kerajaan kutip daripada duti dan levi ini hanyalah sejumlah RM300 juta setahun berbanding purata subsidi minyak masak tahunan iaitu RM1 bilion setiap tahun.

Jadi waima Malaysia ialah negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, penjualan berkaitan minyak kelapa sawit diraih oleh syarikat perladangan manakala kerajaan hanya kutip duti dan levi melalui jualan tersebut.

Hasil pendapatan berkaitan komoditi kelapa sawit yang dikutip kerajaan bahkan hakikatnya tidak dapat pun menampung subsidi minyak masak yang besar perlu dibelanjakan kerajaan pada setiap tahun.

Subsidi minyak masak ini juga menggalakkan penyeludupan oleh pihak  tidak bertanggungjawab contohnya minyak masak peket 1kg yang dijumpai berlambak di Golok, Thailand seperti dilaporkan berita baru-baru ini. [19]

Ada yang bertanya kenapa kerajaan mahu hukum rakyat Malaysia apabila penyeludupan berlaku walhal kerajaan yang gagal kuat kuasa dan kawal sempadan sehingga minyak masak Malaysia berjaya diseludup ke negara jiran.

Jika kerajaan kena menambah penguatkuasaan, ia turut sebetulnya akan melibatkan pertambahan banyak kos seperti penggajian ramai pegawai penguatkuasaan yang juga akan melibatkan kos bajet yang tinggi.

Pemansuhan subsidi juga menghapuskan insentif secara tidak langsung untuk penyeludup dan pegawai-pegawai yang korup untuk memberi dan menerima rasuah di pintu sempadan negara kita.

Pemansuhan subsidi minyak masak adalah lebih efektif untuk elak isu penyeludupan ke negara jiran dan elak kekurangan bekalan stok minyak masak akibat kegiatan penyorokan stok oleh peniaga tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun penguatkuasaan juga masih penting kerana minyak paket 1kg yang masih lagi disubsidi pada harga RM2.50 sepaket dan minyak paket ini lah yang pada kebiasaannya popular diseludup ke negara jiran.

Rasional pemansuhan subsidi minyak masak adalah jelas. Tiada siapa yang suka apabila berlaku kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak, tetapi hakikatnya ini adalah langkah yang terbaik.

Tujuannya untuk memastikan tidak berlaku perkara ketirisan seperti yang diterangkan di atas dan wang yang dijimatkan itu boleh disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan melalui bantuan tunai seperti BR1M.

Jika harga minyak kelapa sawit turun pada masa depan, kemungkinan besar harga minyak masak juga akan turun sama seperti situasi harga runcit jualan minyak petrol dan diesel di stesen-stesen minyak.

Semoga dengan tulisan ringkas ini, ramai yang akan memahami rasional di sebalik pemansuhan subsidi minyak masak dan tidak menuduh kerajaan konon sebagai zalim dan tidak prihatin dengan nasib rakyat miskin.

Setiap tindakan itu ada kesan baik dan buruk tetapi pemansuhan subsidi minyak masak ini, bagi saya, adalah suatu tindakan positif dan memberi faedah kepada ekonomi dan kewangan negara Malaysia pada jangka masa panjang.

Oleh: Penulis blog, Syahir.

Rujukan:
[1] Skim Penstabilan Harga Minyak Masak: BERNAMA
[2] Kutipan Cess ke Atas Syarikat Perladangan Kelapa Sawit: MPOB
[3] Perbandingan Harga Negara ASEAN: KDPNKK
[4] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2010: JANM
[5] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2011: JANM
[6] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2012: JANM
[7] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2013: JANM
[8] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2014: JANM
[9] Penyata Kewangan Kerajaan PErsekutuan 2015: JANM
[10] Harga Minyak Kelapa Sawit Penghantaran Tempatan: BNM Monthly Statistical Bulletin
[11] Perbelanjaan Penggunaan Minyak dan Lemak Isi Rumah Malaysia: Jabatan Perangkaan Negara
[12] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011: Perbendaharaan Negara
[13] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2012: Perbendaharaan Negara
[14] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013: Perbendaharaan Negara
[15] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2014: Perbendaharaan Negara
[16] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2015: Perbendaharaan Negara
[17] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2016: Perbendaharaan Negara 
[18] Buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2017: Perbendaharaan Negara
[19] Minyak Masak Berlambak Di Golok: Astro Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori