Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Budak 8 Tahun Rentung...

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah pondok pengawal di...

Isytihar Darurat Di Gerik,...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang...

Gelar ‘Macai Politik’, Syed...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari...

Bekas Ratu Cantik Hilang...

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang...

Kisah Sayu Kak Ros Bakal Dibuang Kerja… Jom Bantu!

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.

Demikianlah nasib yang menimpa seorang pengawal keselamatan yang mesra dipanggil Kak Ros ini.

Dia bukan sahaja menderita akibat kehilangan satu buah pinggang, tetapi juga sedang runsing memikirkan masa depannya apabila dimaklumkan pihak majikan akan memberhentikannya tidak lama lagi dengan alasan dirinya kerap bercuti.

Kisah Kak Ros diceritakan menerusi Facebook Penang Kini, sekali gus membuatkan para netizen yang membacanya merasa sayu dan syahdu.

Kak Ros atau nama sebenarnya Rosyatimah Rodi bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Taman Inderwasih, Perai, Pulau Pinang, untuk menyara keluarganya.

Suaminya menderita angin ahmar (stroke) dan sudah terlantar sakit di rumah sejak lima tahun lalu.

Selain itu, Kak Ros juga menanggung keperluan harian sembilan anaknya. Salah seorang anaknya sudah bekerja namun hanya mampu membantunya sebanyak RM300 sebulan. Manakala, yang lain masih bersekolah dan tidak bekerja.

Bagi membantu kehidupan keluarga ini, anak bongsu Kak Ros yang masih bersekolah rendah turut membantu mengambil upah cuci pinggan mangkuk di kedai makan.


Susah hati dengan nasibnya yang bakal diberhentikan, Kak Ros mengadu kepada admin Facebook Penang Kini.

Menurut Kak Ros, dia kerap bercuti disebabkan terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan setelah kehilangan satu buah pinggangnya disebabkan kemalangan yang dialaminya sebelum ini.

Melihat kepada kepayahan hidupnya, marilah kita ramai-ramai membantu meringgankan beban Kak Ros sekeluarga.

Bagi yang menghulurkan sumbangan bolehlah berkunjung ke kediamannya yang terletak di A4-2-16 Flat Taman Inderawasih, Medan Kikik 3, 13600 Perai atau menghubunginya di talian 017-4278450. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori