Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Gantung Diri Di...

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati tergantung di pokok dipercayai akibat mengalami...

12 Mayat Tragedi Kapal...

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di...

Orang Jadi Muflis Pun...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kerajaan perlu dipersalahkan berikutan pendedahan...

Kesemua 11 Wanita Seksi...

TEHRAN - Sebuah pesawat persendirian dari Turki yang membawa 11 orang termasuk anak...

KJ Tuju Sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ Buat Tun Mahathir

SAJAK “Melayu Mudah Lupa” sekali lagi bergema di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melaungkan kembali ungkapan ‘azimat’ yang pernah digunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2001.

Khairy mempersembahkan sajak itu dengan bait-bait puitis yang diubah suai bagi menyerang kembali pegangan bekas Perdana Menteri keempat itu yang mana kini berbeza 180 darjah dengan tindakannya ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, BERSIH dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai BERSIH. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal Reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.

Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa,” katanya.

Beliau mempersembahkan sajak itu ketika ucapan dasarnya dalam sidang  Perhimpunan Agung UMNO 2016, di PWTC, pagi ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jasa Dr. Mahathir dalam membangunkan negara akan diingati, namun pengkhianatan dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap perjuangan UMNO akan turut dikenang.

Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun. Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun. Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun.


Juga ingat diktatorship Tun. Juga ingat kepincangan Tun. Juga ingat penyelewengan di zaman Tun. Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.

Dan yang akan kami paling ingat, Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat, adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini.

Keghairahan Tun tubuh parti untuk melawan kami, Kesanggupan Tun menghina parti keramat ini. Kerakusan Tun membunuh parti UMNO ini,” katanya.

Khairy dalam pada itu turut mengingatkan pemuda supaya tidak memandang rendah parti serpihan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Suka atau tidak, jangan kita pandang enteng bahawa sasaran PPBM adalah pengundi tegar kita dan kubu-kubu kita.

Ia tidak akan bertanding di kawasan seperti Lembah Pantai, Kuantan atau Seremban. Sebaliknya mereka akan serang ‘simpanan tetap’ UMNO, kawasan seperti Muar, Langkawi, mungkin Rembau,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori