Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Skim Bantu Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan satu skim baharu sebagai pemudahcara urusan pinjaman...

Pulau Boracay, Filipina Dibuka...

MANILA - Filipina mengumumkan akan membuka semula pusat peranginan terkenal, pulau Boracay kepada...

Imam Gay Mahu Bina...

MELBOURNE - Seorang imam masjid yang secara terang-terangan mengaku merupakan seorang gay, sedang...

Harga Barangan Kawalan Deepavali...

KULIM – Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang bermula hari...

Nasib Pekerja Industri Minyak, Gas Dibuang Dibela Kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membela nasib pekerja industri minyak dan gas yang diberhentikan, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata antaranya menubuhkan Pusat Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja Peringkat Nasional, mengadakan mesyuarat bulanan dengan agensi berkaitan dan mewujudkan pasukan penyelamat.

Selain itu, katanya skim insurans bagi pekerja dalam industri itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat, dan kementerian kini dalam proses rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

“Proses rundingan sedang berjalan dan saya kira syor ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pekerja sektor minyak dan gas yang diberhentikan akan diberi perlindungan tetapi kita perlu lihat dari pelbagai sudut sebelum dilaksanakan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang ingin tahu bila skim tersebut akan dilaksanakan.

Ismail berkata seramai 1,632 pekerja industri minyak dan gas diberhentikan pada 2015, manakala 640 pula diberhentikan sejak awal tahun ini hingga September lalu.


Menjawab soalan tambahan Khalid Abd Samad (PAN-Shah Alam) yang ingin tahu keutamaan kerajaan terhadap pekerja tempatan, Ismail berkata kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan kebajikan pekerja tempatan.

“Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) Seksyen 60M, memperuntukkan tiada majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan dengan tujuan mengambil pekerja asing,” katanya.

Di bawah akta sama, katanya Seksyen 60N menyatakan majikan boleh mengurangkan tenaga kerjanya disebabkan lebihan pekerja yang memerlukan pengurangan pekerja.

“Majikan tidak dibenarkan menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan sama ditamatkan terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori