Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perut Bumi Sarawak Ada...

Kerajaan negeri Sarawak bercadang membawa masuk teknologi perlombongan terbaharu dari Kanada untuk menggali...

Bencana Mencabar Keupayaan Pasukan...

SANTUBONG - Kejadian dan bencana yang berlaku termasuk kehilangan misteri pesawat MH370 dan...

‘Tikus Raksasa’ Ditangkap Di...

GEMPAR dunia internet semalam apabila gambar didakwa tikus 'raksasa' yang ditangkap di Subang Jaya...

Aktivis PPIM Buat Dua...

KUALA LUMPUR - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi membuat...

KKM Lancar Pelan Tindakan Pemakanan NPANM III

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melancarkan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III dalam usaha negara untuk mencapai kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan rakyat.

Menterinya Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata pelan tindakan bersepadu bermula tahun ini hingga 2025 itu dirangka selari dengan hala tuju agenda pemakanan di peringkat antarabangsa, serantau dan dalam negara dengan mengambil kira status pemakanan semasa penduduk.

“Tiga objektif utama NPANM Ill adalah meningkatkan status pemakanan penduduk, mengurangkan penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan dan memastikan jaminan kebolehdapatan makanan dan pemakanan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran NPANM III di sini hari ini

Jelasnya NPANM Ill mengandungi 12 strategi dan 172 aktiviti melibatkan kira-kira 80 agensi pelaksana yang terdiri daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kata menteri berkenaan, pembentukan pelan itu adalah sebagai komitmen kerajaan yang berterusan untuk mencegah dan mengawal masalah pemakanan dalam negara.

“Malaysia kini berhadapan dengan cabaran beban berganda kekurangan zat makanan, di mana permasalahan obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan semakin meningkat bagi setiap lapisan umur,” kata Dr. Subramaniam.

Sebagai contoh, lebih 45 peratus daripada rakyat kita kini memiliki berat badan berlebihan dan 15 peratus daripadanya mengalami obesiti serta di kalangan murid sekolah yang memiliki berat badan berlebihan sudah mencapai 20 peratus,” katanya.

Berkaitan dengan masalah berat badan itu juga, Dr. Subramaniam berkata, lebih 17.5 peratus rakyat kini menghidap penyakit kencing manis, 30 peratus mempunyai tekanan darah tinggi dan 47 peratus mempunyai kadar kolesterol yang tidak sihat.


Tambahnya, kementerian juga mendapati rakyat Malaysia kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam jumlah yang sepatutnya dan masalah itu antara perkara yang dimasukkan dalam pelan tindakan yang dilancarkan hari ini.

Justeru, katanya, adalah diharapkan melalui pelan tindakan itu keadaan yang dialami hari ini sekurang-kurangnya tidak merosot dan seboleh-bolehnya menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Selain itu, aspek jaminan kebolehdapatan makanan dan penyediaan sistem makanan yang mampan untuk mempromosikan makan secara sihat akan diberi lebih perhatian,” katanya.

Oleh yang demikian, Dr. Subramaniam berkata kerjasama erat di antara pihak KKM dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta semua pihak di sepanjang rantaian makanan akan diperkukuhkan di bawah pelaksanaan NPANM III.

Di majlis yang sama, beliau turut merasmikan Prioriti Penyelidikan Pemakanan (NRP) di Malaysia untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) yang dibentuk bagi menyokong pelaksanaan NPANM III.

“Adalah diharapkan NRP ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak institusi penyelidikan, universiti dan pihak-pihak lain berkepentingan di dalam bidang penyelidikan pemakanan di Malaysia dan membantu menjadi pemacu bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori