Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iskandar Tutup Musim 2015...

KUALA LUMPUR - Pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menutup musim 2015 dengan muncul...

Mahu Beli Kerusi Dari...

WASHINGTON DC - Tentu sekali ramai yang sering beli-belah atas talian tidak perlu...

Tasik Dipenuhi Serpihan Ais...

SOUTH HAVEN - Ketibaan musim bunga telah menyebabkan lapisan ais di permukaan Tasik...

Guru Besar Hilang Ketuk...

KUALA KUBU BHARU - Selepas enam hari dilaporkan hilang, guru besar Sekolah Kebangsaan...

Kolej Komuniti Setanding Universiti – Idris

PUTRAJAYA – Kolej Komuniti bukan lagi institusi pengajian tinggi alternatif tetapi merupakan institusi pendidikan arus perdana negara yang setanding universiti, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata sistem pendidikan negara memberi peluang yang sama kepada mereka yang cemerlang dalam akademik dan cemerlang dalam kerja amali.

“Pelajar yang memilih kolej komuniti atau politeknik bukan tidak pandai, mereka cuma tidak sesuai dengan program pengajian yang berorientasikan akademik di universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan ulang tahun ke-15 Kolej Komuniti ‘Kejayaan 15 Tahun: Mengekalkan Perkongsian Industri, Penghargaan Untuk Alumni Yang Luar Biasa’, di sini hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 100 alumni kolej komuniti termasuk mereka yang berkhidmat di luar negara iaitu di Doha, Qatar dan Texas, Amerika Syarikat.

Idris dalam ucapannya turut menyarankan alumni yang sudah berjaya sehingga mencapai taraf jutawan supaya kembali ke kolej komuniti untuk mengadakan program seperti CEO@Fakulti di mana Ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional memberikan syarahan kepada pelajar di universiti awam.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor berkata tahap kebolehpasaran lepasan kolej komuniti pada 2015 ialah 97.4 peratus dengan 57 peratus daripada mereka mampu meraih pendapatan tinggi.

Sejak memulakan operasi 15 tahun lepas, kolej komuniti telah melahirkan 134,047 lulusan dan daripada jumlah itu, 64,911 merupakan pemegang diploma.

Terdapat 3,000 alumni kolej komuniti yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori