Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

8.7 Juta Keluarga Malaysia...

MUAR : Sejak diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah...

CEP Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa...

Bekalan Ikan Di Pasaran...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery...

Kementerian Sumber Asli Tidak...

KUCHING - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yakin pengurangan peruntukan dalam Bajet...

Konsert ‘Wajah’ Pukau 400 Penonton Di Ipoh

IPOH – Paduan suara 22 anggota Koir Kebangsaan Malaysia berjaya memukau kira-kira 400 penonton menerusi Konsert Wajah di sini malam ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Konsert Wajah yang berlangsung selama dua jam di Auditorium Perakfm, Kompleks Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli.

Konsert anjuran JKKN itu mengangkat himpunan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk dipersembahkan dalam genre muzik baharu yang sangat mengasyikkan di bawah pimpinan penyanyi serta guru vokal terkenal, Syafinaz Selamat.

Antara lagu yang dipilih dan digubah termasuklah Getaran Jiwa, Bertemasya, Pujaanku, Azizah, Gelora, Semerah Padi, Bunyi Gitar, Tudung Periuk, Tunggu Sekejap dan Mencheceh Bujang Lapok.


Konsert itu mengambil inspirasi pelbagai karakter P. Ramlee menghimpunkan elemen jazz, klasik, tango, accapella dan rock yang digubah semula dalam bentuk vokal yang harmoni.

Selain persembahan koir, konsert berkenaan turut memaparkan sedutan filem-filem lakonan P. Ramlee seperti Ibu Mertuaku, Sarjan Hassan, Madu Tiga, Do Re Mi, Hang Tuah dan Seniman Bujang Lapok.

Turut menambah kehangatan konsert adalah persembahan peserta program realiti TV di China, ‘Lets Sing Kids’, Adinda Tasya Mansor yang mendendangkan dua buah lagu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori