Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Gopoh Hukum PM...

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Shhrizat Abdul Jalil hari ini berkata,...

Dr Halimah Perlu Letak...

KUALA LUMPUR - Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr...

Morales Menang Pilihan Raya...

LA PAZ - Evo Morales menang besar dalam pilihan raya presiden di Bolivia...

SPRM Akan Pertimbang, Pinda...

SIBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk mempertimbang, meminda atau...

Kos RM322 Juta Majlis Kahwin Anak Jutawan India Dikritik

NEW DELHI — Ketika rakyat Malaysia kecoh skandal banglo ala Disney dan pelbagai aset mewah yang dimiliki pemimpin muda pembangkang, lain pula hal di India tetapi ‘temanya’ hampir sama.

Media tempatan mendedahkan pesta perkahwinan mewah anak perempuan taikun perlombongan terkenal, Gali Janardhan Reddy yang juga bekas tokoh politik veteran sehingga mencecah 5 bilion rupee (kira-kira RM322 juta).

Angka mega itu meliputi kos acara tersebut berlangsung selama lima hari sekali gus berjaya mengatasi rekod majlis perkahwinan paling mahal di dunia melibatkan putera sulung Puteri Diana, William dan Kate Middleton pada 2011.

Sekadar rekod, acara perkahwinan rasmi gilang-gemilang pasangan diraja pewaris takhta kerabat diraja British, Duke dan Duchess of Cambridge tersebut pun hanya bernilai 20 juta pound sterling (kira-kira RM109 juta).

wed2

Media India melaporkan majlis perkahwinan Rajeev dan Brahmani berlangsung cukup meriah di mahligai hartawan berkenaan di Bangalore, wilayah selatan negara itu pada 17 November dengan dihadiri 50,000 jemputan khas.

Seramai 3,000 pengawal keselamatan dikerah susulan penduduk sekitar mengadakan bantahan terhadap majlis itu serta langkah drastik Perdana Menteri, Narendra Modi memansuhkan mata wang 500 dan 1,000 rupee bulan ini.

Sebahagian besar tetamu yang hadir, tampak bak bintang Bollywood dan mereka dijemput menerusi surat undangan berlapis emas dengan dilengkapi layar LCD yang menampilkan rakaman video pasangan pengantin baharu tersebut.

Menurut media di India, video pendek yang digunakan sebagai warkah undangan itu memperlihatkan mempelai perempuan mengenakan sejumlah pakaian mewah manakala sang mempelai lelaki dikelilingi lima ekor kuda putih.


wed1

Surat jemputan yang unik itu adalah salah satu sebab menjadikan kos majlis perkahwinan itu begitu mahal. Selain itu, Reddy membayar lapan sutradara ternama Bollywood untuk merancang lokasi dan menciptakan pesta meriah.

Tetamu jemputan juga diarak mengelilingi lokasi pesta perkahwinan dengan menggunakan kereta mewah yang ditarik lembu jantan untuk menuju sebuah desa buatan khas sebelum menikmati aneka hidangan disediakan.

Secara am, bajet pesta itu meliputi kos surat undangan tersebut yang bernilai 9.6 juta rupee (RM624,000), gaun pengantin 16.7 juta rupee (RM1.08 juta) dan perhiasan pengantin perempuan 85 juta rupee (RM5.5 juta).

Reddy bagaimanapun menyatakan, untuk membiayai parti pernikahan mega berkenaan, beliau juga terpaksa menggadaikan sejumlah hartanah miliknya di sekitar Bangalore dan Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori