Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Exco Armada Selar Menteri...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan 'Malaysia Baharu' mahu meratifikasikan ICERD di Malaysia pada...

Germanwings: Mayat Mangsa Dibawa...

SEYNE-LES-ALPES, Perancis - Helikopter mula membawa mayat mangsa pesawat Germanwings dari lokasi nahas...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan...

Jepun Miliki Peluang Cerah...

KUALA LUMPUR - Jepun mempunyai peluang cerah untuk memenangi tender projek Keretapi Berkelajuan...

Kosmo! Kekal Akhbar Melayu Terlaris Separuh 2016

AKHBAR kompak popular, Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan melakar sejarah apabila kekal menjadi harian berbahasa Melayu paling laris di Malaysia untuk separuh tempoh pertama 2016.

Menurut laporan terkini dikeluarkan firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) hari ini, Kosmo! berjaya mengatasi saingan terdekatnya, Harian Metro selepas memintasnya pada tempoh kedua tahun lalu.

Akhbar diterbitkan sejak 2004 itu mencatatkan purata edaran harian bersih sebanyak 182,022 naskhah dari Januari hingga Jun lalu berbanding lawannya pula hanya kira-kira 149,253 naskhah untuk tempoh yang sama, lapor ABC.

Kosmo! turut mencipta rekod tersendiri apabila julung kali muncul sebagai harian berbahasa Melayu yang terlaris di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan.

utusan1

Paling menarik, rekod dicatatkan oleh Kosmo! itu mampu dicapai meskipun akhbar tersebut tidak dijual di Sabah dan Sarawak, selain trend kemerosotan ketara kesemua akhbar bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.


Dalam pada itu, Mingguan Malaysia juga terbitan Kumpulan Utusan kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya iaitu sebanyak 313,495 naskhah diikuti Kosmo! Ahad (198,116) dan Metro Ahad (162,091).

ABC juga melaporkan bahawa Utusan Malaysia mencatatkan edaran kira-kira 144,438 naskhah manakala akhbar saingannya, Berita Harian hanya 90,969 naskhah dan edisi mingguannya, BH Ahad pula sekadar 89,798 naskhah.

Setakat ini harian berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh masih kekal sebagai akhbar terlaris di Malaysia iaitu 328,930 naskhah dan The Star dengan 248,559 naskhah ialah akhbar berbahasa Inggeris terlaris. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori