Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

‘Ibu Percaya Faris Boleh...

KUALA LUMPUR - Tempoh perkenalan singkat tidak menghalang Elfira Loy menerima lamaran tunang,...

Di Jepun, Akhbar Boleh...

JEPUN merupakan negara kepada asal-usul pelbagai ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului...

Perlu Sistem Komunikasi Berkesan...

BELAGA - Kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan sistem yang berkesan tetapi murah...

Perhimpunan Agung UMNO 13...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan selama tiga hari bermula...

KP SPRM Dipuji Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

KUALA LUMPUR – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyifatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang 100 hari memegang jawatan berkenaan.

LPPR sebagai sebuah badan pemantau bebas SPRM dalam satu kenyataan media berkata, badan itu yakin langkah yang dilaksanakan Dzulkifli akan berterusan untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.

“Ia sekali gus membolehkan perkhidmatan terhadap rakyat dioptimumkan serta pelan pembangunan yang direncanakan oleh kerajaan akan terlaksana sepenuhnya. LPPR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dzulkifli,” kata kenyataan itu hari ini.

LPPR berkata, Dzulkifli telah memperlihatkan tekad dan kesungguhan SPRM dalam membanteras rasuah yang perlu disambut baik setiap golongan masyarakat.

Justeru, kata kenyataan itu, LPPR akan terus memainkan peranan dan memikul tanggungjawab agar SPRM dapat membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.


“Selaras dengan ketegasan yang dinyatakan SPRM itu, LPPR turut berpandangan kerajaan perlu mempertimbangkan semula peruntukan kewangan terhadap SPRM yang berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya seperti dibentangkan pada Bajet 2017 pada Oktober lalu.

“LPPR memahami kehendak kerajaan bagi merancakkan pertumbuhan, memastikan pengurusan fiskal secara berhemah dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, justeru fokus pencegahan rasuah juga perlu diberi perhatian penuh demi mencapai matlamat tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori