Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Melaka United Fokus Kukuhkan...

MELAKA – Melaka United akan memberi fokus mendapatkan khidmat pemain pertahanan dan penjaga...

Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan...

JOHOR BAHRU - Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran Majlis Perbandaran Segamat (MPS) ditahan...

MH370: Mesyuarat Khas Libat...

HULU TERENGGANU - Mesyuarat khas tiga negara antara Malaysia, China dan Australia akan...

Silap Tempat Promosi Seluar...

Kuala Lumpur - Tindakan seorang peniaga mempromosikan seluar dalam jenama terkenal kepada penguat...

KPDNKK Cari Kaedah Terbaik Mekanisme Harga Minyak Masak

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang dalam peringkat mengenal pasti kaedah terbaik untuk melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak, kata Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata buat masa kini terdapat Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang boleh digunakan bagi mengawal harga.

“Walaupun minyak dalam botol adalah mengikut harga pasaran, tetapi sebenarnya kita ada akta yang boleh mengawal harga,” katanya mengulas cadangan badan bukan kerajaan untuk mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Berkuat kuasa 1 November, harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50 manakala harga minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata KPDNKK perlu meneliti cadangan mewujudkan mekanisme penetapan harga minyak masak itu demi kesejahteraan rakyat.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Operasi COSS di sini hari ini, Henry Sum berkata KPDNKK menjalankan Ops COSS secara besar-besaran di seluruh negara hari ini melibatkan 2,600 pegawai penguat kuasa dan lebih 1,000 pegawai pemantau harga.

Dalam pada itu, katanya, lima peniaga yang menyorok bekalan minyak masak akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 pada hari ini dan Isnin, dua daripada kesalahan itu direkodkan di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Melaka dan Perak.


“Daripada 189 aduan dan 16,026 operasi yang dijalankan, terdapat 18 kes melibatkan minyak masak yang majoritinya melakukan kesalahan menyorok bekalan
dan menjual tanpa lesen.

“Jumlah rampasan setakat ini ialah 40.034 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM113,534,” katanya.

Henry Sum berkata kementerian akan turut mengambil inisiatif untuk menyenaraikan pasar raya atau kedai yang mempunyai bekalan minyak masak yang mencukupi bagi memudahkan pengguna mendapatkan bahan itu.

“Ketika ini ada juga kedai dan pasar raya yang menjual bekalan minyak masak pada harga lama dan ini juga kita akan senaraikan dalam laman web dan laman sosial,” katanya.

Beliau berkata isu bekalan tidak mencukupi tidak sepatutnya timbul memandangkan kuota pengeluaran minyak masak bagi seluruh negara adalah 85,000 tan metrik sebulan dengan 45,000 tan metrik daripadanya adalah minyak masak paket bersubsidi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori