Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Senarai 10 Negara Dengan...

Penzinaan sudah menjadi sesuatu yang terlalu lazim dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini....

Pavilion KL Sesak Gara-Gara...

SUASANA di pusat beli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur menjadi sedikit kecoh dan sesak...

Walaupun ‘Minyak Naik’ Kempen...

KUANTAN - Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat Kebangsaan yang bermula hari ini, tetap...

Panglima ATM Dahului Senarai...

PUTRAJAYA - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengetuai senarai...

KPDNKK Kaji Pelabelan Minyak Masak Kitar Semula

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji untuk mewajibkan pelabelan minyak masak kitar semula untuk membezakannya dengan minyak masak bersubsidi.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengguna keliru dan menganggap minyak masak kitar semula boleh digunakan untuk masakan tetapi sebenarnya ia digunakan untuk memproses sabun, bio-diesel, makanan haiwan dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kementerian akan menentukan kaedah pelabelan untuk minyak masak kitar semula pada masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Ruang Bicara’ di Bernama News Channel, di sini, malam ini.

Hamzah mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Dr. Lee Nan Sang baru-baru ini, yang menyatakan pihaknya ada menerima aduan pengguna yang risau minyak masak kitar semula dijual secara berleluasa di pasaran.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kementerian akan menyiasat dan bertindak tegas jika wujud sindiket yang menjual minyak masak kitar semula, namun menyatakan ia adalah minyak masak bersubsidi.


“Orang ramai juga boleh membantu dengan melaporkan peniaga yang tidak beretika ini kepada kementerian agar kegiatan ini dapat dibanteras sepenuhnya,” kata beliau.

Selain itu, beliau berkata kementerian akan sentiasa memastikan bekalan minyak masak mencukupi di seluruh negara kerana apa yang berlaku sekarang ialah ‘pembelian panik’ (pembelian minyak masak pada jumlah banyak) sehingga bekalan bahan itu habis di pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori