Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Semenyih 2...

RASMI... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac depan sebagai hari pengundian bagi...

Zarema Tak Terkesan Tohmahan...

KONTROVERSI yang melanda pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bersama isterinya,...

Aliran Trafik Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat...

Nahas Lion Air: Tiada...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian pesawat...

KPDNKK Perak Rampas Perisian Cetak Rompak

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak berjaya merampas pelbagai perisian salinan langgaran (cetak rompak) bernilai RM285,000 sepanjang tahun ini.

Ketua Seksyen Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan KPDNKK Perak Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata nilai itu direkodkan menerusi 10 rampasan di seluruh negeri.

“Semua kes disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 kerana menggunakan perisian salinan langgaran yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM2,000 hingga RM20,000,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Ahrazzuddin berkata terbaharu, pihaknya berjaya merampas 15 salinan langgaran bernilai RM219,000 dalam dua serbuan berasingan ke atas dua syarikat di sini.

“Ketika serbuan pertama di Baru Medan Ipoh 22 Nov lalu, satu unit komputer riba dan dua unit komputer disita kerana memiliki empat perisian salinan langgaran bernilai RM44,000,” katanya.

Dalam serbuan kedua yang dilakukan pada 23 Nov lalu di Taman Canning pula, lima unit komputer riba disyaki memiliki 11 salinan langgaran bernilai RM175,000 turut disita.


“Nilai keseluruhan rampasan daripada kedua-dua serbuan berjumlah RM219,000 dan dua pemilik syarikat berkenaan yang berumur awal 40-an ditahan bagi membantu siasatan, tetapi telah dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata serbuan dilakukan hasil maklumat Gabungan Perisian Perniagaan (BSA) yang mendapati syarikat terbabit mempunyai salinan langgaran untuk perniagaan, bukannya bagi kegunaan sendiri atau domestik.

Sementara itu, BSA menawarkan ganjaran sehingga RM20,000 kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan operasi mencegah penggunaan salinan langgaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori