Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rosmah Bertemu Ibu, Anak...

SYDNEY - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menghadiri sesi...

Legoland Anjur Sambutan Halloween...

KUALA LUMPUR - Ubah rupa Legoland Malaysia Resort sempena festival 'Brick-or-Treat' pada Oktober...

Kerjasama Dengan UMNO Dibincang...

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan...

Pertingkat Keupayaan Dan Keberkesanan...

MELAKA - Keupayaan dan keberkesanan institusi kehakiman Mahkamah Syariah termasuk akta dan mahkamah...

KPDNKK Rampas Minyak Masak Disorok Di Pasar Mini

PUTRAJAYA – Bertindak atas maklumat orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang semalam menyita bekalan minyak masak yang disorok sebuah pasar raya mini di Taman Putra Perdana, Puchong.

Ketua Cawangan KPDNKK Daerah Sepang, Mohamad Ziyad Kamaludin berkata operasi yang dijalankan pada 3.15 petang semalam oleh empat anggota penguatkuasa KPNDKK menemui 61 botol minyak masak bersaiz 5 kg dan 388 kampit minyak masak bersaiz 1kg di pasar raya berkenaan.

“Ini berbeza dengan jumlah stok yang diisytiharkan pihak pasar raya itu iaitu sebanyak empat kotak (17 kg),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya nilai rampasan hasil pemeriksaan berkenaan adalah sebanyak RM1,732 dan kes akan disiasat di bawah Kesalahan Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyembunyikan barang kawalan dari pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori