KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menyiasat pemilik akaun Twitter @firamond SAW yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi akaun Twitternya semalam yang mahu pengendali tersebut dikesan dan diambil tindakan.
“Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) @PDRMsia, kesan pengendali tweet ini dan ambil tindakan,” tulisnya.
Beliau turut memuat naik keratan tweet yang menghina kesucian agama Islam dan Rasulullah SAW oleh pemilik akaun tersebut.
Melalui tweet @firamond mendakwa kitab Al Quran memburukkan agama Islam selain beberapa gambar mengenai Nabi Muhammad yang dianggap keterlaluan.
Dalam posting tersebut tertulis “@AmirArifin666, “see, even Al Quran say bad about Islam. Check mate dude. Go thru the verses berfore argue like idiots. (Lihat @AmirArifin666. Al Quran pun cakap buruk mengenai Islam. Check mate dude. Selidik hadis sebelum berdebat macam orang bodoh)”.
Bagaimanapun, pemerhatian Mynewshub mendapati kicauan tersebut sudah dipadam oleh pemilik akaun dan gambar itu dipercayai diambil dari laman web anti Islam luar negara. – MYNEWSHUB.CC