Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Tertekan Dalam Pelajaran...

GEORGE TOWN - Polis menemui nota dipercayai ditulis pelajar perempuan Tingkatan Dua yang...

700 Bakal Haji Dari...

MELAKA - Sejumlah 700 rakyat negeri Melaka bakal menunaikan haji tahun ini, kata...

HPP Cari Waris 2...

GEORGE TOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) sedang mencari anggota keluarga terdekat dua...

Ucapan Anniversary Alyah Buat...

PERNAH diuji dengan pelbagai ujian yang melanda rumah tangganya, penyanyi Alyah nyata tabah...

Kumpulan Nasyid Inteam Ceburi Bidang Perniagaan

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid Inteam yang sebelum ini terkenal dengan albumnya ‘Allahu Rabbi’ kini secara diam-diam terlibat aktif dalam bidang perniagaan.

Bermula penubuhan Inteam Records Sdn. Bhd. pada 2005, juara kategori lagu nasyid terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2010 menerusi lagu ‘Dia Muhammad’ kini turut ada studio serta syarikat penerbitan Inteam Publishing.

Selain itu terdapat Inteam Mobile yang merupakan kedai yang menguruskan jual beli album atas talian, kata Pengarah Urusan Inteam Records Sdn. Bhd., Muhammad Hazamin Harun kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun mereka kini aktif dalam melebarkan dan mempelbagaikan perniagaan, namun mereka tidak akan meninggalkan karier muzik kerana ia merupakan platform bagi mereka mengetengahkan perniagaan.

Pada tahun depan, mereka akan melebarkan perniagaan di bawah Inteam Marketing untuk menjual produk makanan kesihatan dan sunnah yang dikeluarkan oleh mereka sendiri, katanya.

“Kita ada tiga jenis produk makanan iaitu Miracle Oil (habatus sauda), madu dan kismis yang dikeluarkan dengan jenama kami,” katanya dan menambah mereka akan turut membuka peluang kepada peminat dan juga orang ramai untuk menjadi pengedar barangan mereka.

Beliau berkata Miracle Oil telah menjalani ujian di makmal Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) bagi kegunaan semua peringkat umur.

Inteam yang ditubuhkan pada 1998 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dianggotai 10 orang anggota dan kini dianggotai empat anggota.

Ia termasuk Muhamad Hazamin yang lebih dikenali sebagai Amin serta tiga lagi rakannya iaitu Mohd. Syahril Ab. Khalid, selaku ketua kumpulan, Abdul Rahim Osman yang merupakan Pengarah Eksekutif Inteam Records Sdn. Bhd. dan Hisyam Ahmad.

Mohd. Syahril merupakan lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan automatif, Amin dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan Abdul Rahim dalam bidang sains kemanusiaan (komunikasi) sementara Hisyam lulusan sarjana dalam bidang pendidikan.

Menurut Amin, Inteam kini telah mewujudkan lebih daripada 100 rangkaian premis pengedaran yang menjual produk makanan sunnah termasuk penjualan album dan cakera padat yang dihasilkan oleh mereka.

Selain itu kumpulan ini juga akan memulakan Akademi Munsyid Inteam Records (AMIR 2016) yang akan memberi kursus intensif untuk mereka yang meminati nasyid dan ingin mengembangkan bakat dalam bidang tersebut.

“Akademi ini berunsur ilmiah dan sifu-sifu dalam bidang nasyid akan dipanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman pada 3 Dis ini di UIAM.

“Ini adalah permulaan dan seterusnya kami akan pergi ke peringkat yang lebih spesifik seperti memberi latihan vokal, muzik dan cara bermain alat perkusi.

“Sekiranya kami tengok ada mereka yang betul-betul berbakat, mungkin mereka boleh menjadi pelapis kepada kumpulan kami,” katanya.


Sementara itu Mohd. Syahril yang juga Pengarah Eksekutif Inteam Records Sdn. Bhd. berkata, mereka telah melancarkan kelab peminat terbaharu iaitu Inteam Miracle Friends dan merupakan rangkaian perniagaan untuk menjual produk keluaran Inteam Marketing.

“Kelab peminat ini mempunyai tiga peringkat yang terdiri daripada ahli biasa yang peminat boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Inteam.

“Mereka juga boleh menyertai kami dalam aktiviti-aktiviti amal yang kami lakukan,” katanya.

Peringkat kedua pula terdiri mereka yang berminat untuk menambah pendapatan sampingan dan menjadi ejen dengan dikenakan bayaran untuk mendapat produk untuk dijual.

Sementara peringkat ketiga merupakan kumpulan yang ingin menjadi stokis kepada barangan mereka, katanya.

“Buat masa ini kita sudah ada 75 orang ejen dan 31 stokis. Produk kami juga sudah sampai ke Indonesia, Thailand, Singapura termasuk Brunei menerusi wakil Inteam di sana,” kata Mohd. Syahril.

Beliau juga berkata bermula tahun hadapan, Inteam akan mula mengadakan kursus pendek seperti kursus pemasaran Facebook, pemasaran media sosial dalam usaha untuk mendidik mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

“Bagi kami sudah tiba masanya untuk kami berkongsi ilmu pengalaman dan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam bidang perniagaan.

“Kita nak ajak belia, remaja dan graduan univeristi untuk menceburi bidang perniagaan. Situasi semasa sekarang ini, mungkin sukar untuk mendapat pekerjaan, jadi mereka perlu ada kesedaran untuk menceburi bidang seperti perniagaan,” katanya.

Mohd. Syahril juga berkata mereka akan tampil dengan single terbaharu bertajuk ‘Ya Rabbi Ya’ hasil ciptaan DJ Fuzz dan klip video lagu tersebut akan dikeluarkan Sabtu ini.

“Dalam single itu kami berduet dengan Adik daripada kumpulan Viral. Lagu itu juga pernah mengungguli carta Itunes bagi kategori World Music,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori