Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Amaran Ribut Petir, Hujan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan...

Kisah Selebriti Tempatan Yang...

KES bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an, berusia 43 tahun yang ditahan polis...

TKC Terima Bas Sumbangan...

NILAI - Kolej Tunku Kurshiah (TKC) hari ini menerima sebuah bas sumbangan Perdana...

Wanita Ini Kongsi Sebab...

INI mungkin kedengaran gila dan merepek. Tapi inilah luahan sebenar seorang perempuan yang sudah...

Lagi Kekayaan Adam Didedah, Miliki 2 Rumah RM2.8 Juta

KISAH kemewahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly terus ‘dihangatkan’ dengan gambar dua buah rumah yang dipercayai miliknya bernilai RM2.8 juta.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan pegawai khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin itu memiliki kediaman mewah yang dikatakan bernilai RM7 juta.

BACA INI: Jamal Mahu Ketua AMK PKR Jelas Isu Banglo RM7 Juta

Netizen nampaknya, tidak berdiam diri dan menjalankan siasatan sendiri malah mendapati Adam mengakui memiliki dua buah rumah di kawasan perumahan mewah, Ampang Saujana Elite, Ampang dan di Putrajaya.

Lebih mengejutkan apabila, kedua-dua rumah tersebut dipercayai masing-masing bernilai RM880,000 dan RM2 juta.

Gambar tersebut tersebar menerusi media sosial yang dipercayai diambil menerusi akaun Instagram milik Adam sendiri.

Dalam gambar tersebut, Adam memuat naik gambar sebuah rumah dengan kapsyen ‘Family Gathering 2015 di rumah. Alhamdulillah selesai sudah’.

Di ruangan komen, dia mengakui memiliki rumah mewah tersebut.

Lagi Kekayaan Adam Rosly Didedahkan, Miliki Dua Rumah RM2.8 Juta


Pemilikan dan kemewahan harta pemuda berusia 28 tahun itu diragui netizen kerana bukan hanya memiliki rumah ala Disneyland dan beberapa buah kereta mewah tetapi dua buah rumah yang bernilai ribuan dan jutaan ringgit.

Netizen turut mendedahkan bahawa Adam hanyalah seorang pemuda biasa sehinggalah dia dilantik menjadi pegawai khas dan hidupnya berubah serta merta.

Adam bagaimanapun menegaskan dia mampu membeli kediaman mewah kerana konon berjaya sebagai seorang ahli perniagaan.

Jelasnya, adalah bukan sesuatu yang luar biasa untuk golongan muda sepertinya untuk kaya dan memberi jaminan wang diperolehnya adalah hasil titik peluh sendiri.

Adam namun memberi dalih bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

Walau apapun alasan yang diberikan Adam ketika membuat laporan di Balai Polis Ampang baru-baru ini, netizen terus mengkritik dan menyiasat pemilikan harta pemuda tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori