SEORANGÂ lelaki terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berkahwin selepas lamarannya ditolak kekasih apabila dia tersilap memilih bunga.
Shanghaiist melaporkan, lelaki tersebut melamar teman wanitanya yang dikenali sebagai Min’er di tengah bandar Chongqing di barat daya China, baru-baru ini.
Kejadian tersebut disaksikan orang ramai apabila lelaki itu melutut sambil memuji wanita berkenaan selain menyuarakan hasratnya untuk menghabiskan seluruh hidup bersama wanita pujaannya itu.
Tak dapat dipastikan sama ada lelaki itu menyedari atau tidak yang dia tersilap membawa bunga kerana menyerahkan bunga yang digunakan untuk upacara pengebumian kepada kekasihnya sambil disaksikan orang ramai.
Bunga tersebut dipercayai diambil pada satu upacara pengembumian kerana masih terdapat nama pada bunga itu.
Bagaimanapun, wanita tersebut tidak menerima lamaran itu dan menampar teman lelakinya sebelum beredar.
Kejadian tersebut menjadi viral di China dan netizen menganggap lamaran itu adalah yang terburuk pernah berlaku. – MYNEWSHUB.CC