KUCHING – Laos meraih tempat ketiga pada kejohanan bola sepak Piala Solidariti AFC 2016 apabila berjaya menundukkan Brunei Darusalam 3-2 pada perlawanan penentuan tempat di Stadium Sarawak di sini, malam ini.
Xaisongkham Champathong muncul wira pasukan Laos apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.
Laos membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Keovipenpheth Kithedeth sebelum Mohammad Shah Razen menyamakan kedudukan pada minit ke-22 untuk keputusan 1-1 pada separuh masa.
Pada babak kedua, Sitthideth Khhanthhavong menyudahkan hantaran cantik Bounlien Boungpachack untuk menewaskan penjaga gol Brunei Darussalam, Mohhammad Tarmizi Johari pada minit ke-52.
Bagaimanapun, kegembiraan Laos hanya bertahan selama 10 minit apabila Brunei Darussalam sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohammad Tarmizi.
Sementara itu, Nepal dan Macau akan bersaing dalam final di sini, malam esok. – BERNAMA