Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Dapat Pasport Untuk...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya mendapatkan...

Warga Emas Lari Dari...

BACHOK - Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri...

Jangka Tinggalkan Pentadbiran, Exco...

IPOH - Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain...

Lelaki Beri ‘Bayi’ Susu...

SEMPENA sambutan Hari Ibu yang disambut pada Ahad lepas, sekumpulan lelaki di Shanghai,...

Larang Guna Lambang ‘Luak Johol’ Pada Kenderaan Awam

JOHOL – Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah membuat keputusan melarang penggunaan lambang ‘Luak Johol’ pada kenderaan awam.

Perkara tersebut dimaklumkan Orang Besar Balai Undang Luak Johol, Datuk Jenang Zakaria Mohammad dan berkata, larangan itu dikenakan terhadap semua pemilik kenderaan di seluruh negara.

Mereka didapati menggunakan lambang ‘Luak Johol’ termasuk penggunaan pelekat Balai Undang Luak Johol, jata Undang Luak Johol dan cermin gelap pada kenderaan masing- masing.

“Berikutan itu, semua surat kebenaran khusus bagi menggunakan pelekat Balai Undang Luak Johol, jata Undang Luak Johol dan cermin gelap pada kenderaan awam juga ditarik semula, berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya Undang Luak Johol juga memutuskan bahawa semua individu pemegang kad pengenalan diri yang tertera tulisan Istana Undang Luak Johol dan tulisan Kerabat Istana adalah terbatal penggunaannya dengan serta merta.


Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu sudahpun dimaklumkan kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan serta Kerajaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, katanya laporan polis sudah dibuat mengenainya dan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu atau pihak yang mengingkari arahan Undang Luak Johol berhubung pemansuhan dan larangan penggunaan lambang ‘Luak Johol’ dalam kalangan orang awam.

Pada 19 Oktober lepas, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperakukan Muhammad sebagai Undang Luak Johol ke-15 berkuat kuasa 7 Oktober lalu, menggantikan Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori