Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sah Kamal Adli Digugurkan,...

TEKA-TEKI tentang khabar angin penguguran pelakon Kamal Adli dalam membintangi filem Abang Long...

Pengundian PRU14 Diramal Pada...

KUALA LUMPUR - Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, para penganalisis politik kini...

Murid Dibenar Hanya Pakai...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka...

Jualan Proton Meningkat 12.5%...

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12.5 peratus setakat tahun...

Lebih 700 Pelajar, Guru Raih Manfaat Baik Pulih Tadahan

KOTA MARUDU – Lebih 700 pelajar dan guru di empat sekolah di sini, termasuk sebuah sekolah di daerah Kudat, menerima manfaat daripada Projek Membaik Pulih Sistem Tadahan Air Hujan yang sudah siap dilaksanakan di sekolah berkenaan.

Sekolah yang mendapat manfaat daripada projek hasil kerjasama antara Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan Rotary Club of Likas Bay itu, adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ongkilan, SK Koromoko dan SK Masolog di daerah Kota Marudu, serta SK Sabayan di Kudat.

Sebelum ini, keempat-empat sekolah itu mengalami masalah bekalan air yang serius menyebabkan gangguan rutin sekolah melibatkan keperluan pelajar dan guru sehingga menjejaskan aktiviti pengajaran serta pembelajaran harian.

Berucap ketika merasmikan projek itu, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Anita Baranting berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan pelbagai sumbangan dan program kebajikan yang dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan mensejahterakan rakyat.

“Sebagai pemimpin di kawasan ini (Anggota Dewan Undangan Negeri Tandek), saya ingin berterima kasih kepada YR1M dan Rotary Club of Likas Bay kerana menjalankan peranan begitu besar membaik pulih tadahan air hujan di sekolah berkenaan.

“Sumbangan mereka memberi manfaat yang besar kepada semua komuniti di sekolah berkenaan yang selama ini mengalami kekurangan masalah air,” katanya.

Teks ucapan Anita dibacakan Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Matlunad Agok.


Projek membaik pulih tadahan air hujan di keempat-empat sekolah berkenaan mula dilaksanakan sejak Disember 2015 dan siap pada Februari 2016.

Sehubungan itu, Anita berharap YR1M dengan kerjasama beberapa NGO lain dapat meneruskan pelbagai program kebajikan demi membantu masyarakat yang memerlukan.

Sementara itu, Pengarah Projek YR1M Norzuraida Kamaruddin berkata dana untuk melaksanakan projek berkenaan disalurkan oleh YR1M dan pembinaannya dilaksanakan oleh Rotary Club of Likas Bay.

“Sebenarnya sistem tadahan air hujan itu dibuat oleh kerajaan sejak sembilan tahun lepas, namun ia mengalami kerosakan dan kami telah bekerjasama untuk membaik pulih tadahan air hujan berkenaan bagi memastikan pelajar dan guru terus mendapat bekalan air daripada sumber tersebut,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori