Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Setengah Jam Bergelut, RM15K...

SEORANG wanita di China berjaya mendapatkan kesemua wang tunainya daripada perompak setelah berhempas...

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memalsukan tandatangan rakan kongsi berhubung permohonan lesen perkhidmatan, seorang...

Rozita Tampil Perjelas Punca...

KHAMIS lalu, kecoh di media sosial apabila pelakon jelita, Rozita Che Wan dikatakan...

Khidmat ‘Valet Doa’ Diarah...

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk...

Lebih Banyak Projek Kerajaan Akan Guna Teknologi BIM

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya menyasarkan lebih banyak projek kerajaan menggunakan teknologi ‘Pemodelan Informasi Bangunan’ (BIM) yang mampu mengoptimumkan kos.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kementerian melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) merancang memperluaskan penggunaan BIM dalam projek-projek Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), khususnya bagi projek yang bernilai melebihi RM100 juta ke atas.

Rosnah berkata setakat ini, terdapat dua projek kerajaan dibina menggunakan teknologi BIM iaitu Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya yang telah siap, dan Kompleks Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor yang sedang dalam pembinaan.

“BIM menggunakan teknologi tiga dimensi dalam membentuk model bangunan. Ia melibatkan aspek geometri, hubungan antara ruang, kuantiti dan kualiti setiap komponen.

“Ini bermakna semua perincian kerja pakar termasuk elektrik, mekanikal, ICT, sistem kumbahan akan diintegrasikan dalam satu Lukisan Bersepadu BIM, ini akan mengelakkan masalah koordinasi di peringkat pembinaan dan dapat mengoptimumkan kos,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Noor Ehsanuddin mahu kementerian menyatakan sejauh manakah BIM mampu meningkatkan kecekapan kos dan pelaksanaan di dalam projek pembinaan.

Rosnah berkata teknologi BIM akan digunakan untuk pembinaan empat buah hospital awam yang diluluskan dalam RMK-11 iaitu hospital di Kemaman, Terengganu, Pendang (Kedah), Maran (Pahang) dan Pasir Gudang (Johor). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori