Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Sekolah Vernakular...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa sekolah vernakular di Johor...

Penduduk Lega Ribuan Ulat...

ALOR SETAR - Sebahagian penduduk di Kampung Tepi Laut Tebengau, Mukim Tebengau, di...

Suhaizan Yakin `Pakatan’ Baharu...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yakin parti pembangkang boleh...

Lelaki Bakar Rumah Akibat Stres

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang mengalami masalah kemurungan dipercayai membakar rumahnya di Taman Bukit Teratai, Ampang, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari jiran suspek apabila alat peranti kebakaran di rumahnya bernyala dan mendapati asap dari rumah sebelah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, saksi melihat suspek keluar dari tempat kejadian sejurus selepas kebakaran.

Lelaki Bakar Rumah Akibat Stres

Menurutnya, siasatan mendapati suspek menghadapi masalah kemurungan dan tinggal di rumah tersebut.

“Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.


Difahamkan, suspek mengalami masalah dalam perniagaannya dan bertindak membakar rumah akibat tekanan hidup.

Dalam kejadian itu, sebuah bilik di rumah teres tersebut terbakar 70 peratus dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori