SEBUAH portal berita melaporkan seorang lelaki dikenali sebagai Chew Kok nekad membunuh diri dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah selepas trauma dan kecewa dengan wajah teman wanitanya.
Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian berlaku tidak dapat dipastikan kerana portal berkenaan tidak menyatakannya.
Menurut portal tersebut, Kok dan teman wanitanya yang dikenali sebagai Ella Fister (bukan nama sebenar) menjalin hubungan cinta menerusi alam maya selama lima bulan.
Malah difahamkan pasangan ini juga tidak pernah berjumpa secara berdepan antara satu sama lain tetapi kerap bertukar foto masing-masing.
Tambah laman itu lagi, Ella merupakan seorang wanita yang terlalu obses dengan aplikasi mengedit foto seperti Candy Cam, Camera 360 dan Photoshop. Bahkan Ella juga gemar mengenakan make up yang tebal untuk kelihatan lebih cantik.
Akibat terlalu kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan wajah sebenar teman wanitanya itu, Chew bertindak terjun dari pusat beli-belah itu kerana rasa tertipu.
Kok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika pasukan kecemasan tiba. – MYNEWSHUB.CC