Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Akan Terus Cari...

GEORGETOWN - Kerajaan akan terus berusaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di...

2 Pesara TUDM Hadapi...

SHAH ALAM - Dua pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah...

Ahli UMNO Perlu Mentaliti...

PUTRAJAYA - Aspek mentaliti untuk berjaya, keberanian dan kesamaan perlu diterapkan di dalam...

CIMB Raih 21 Anugerah...

KUALA LUMPUR - CIMB Group meraih 21 anugerah pada Anugerah Kewangan Islam Asset...

Lelaki Dipenjara 12 Bulan Pecah Amanah Lebih RM500,000

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya kerana pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM500,000.

Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Aizudin Baharudin, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah itu dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 September lepas.

Dia didakwa bersama-sama seorang pekerja bahagian sumber manusia di Syarikat Ultimate Channel Sdn. Bhd. yang telah diamanahkan dengan harta iaitu wang berjumlah RM503,047.50 telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Ultimate Channel Sdn. Bhd., Level 9, Block K, Solaris Mont Kiara, No 2, Jalan Solaris, di sini pada Jun hingga Ogos lepas mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memberitahu mahkamah tertuduh telah insaf dan mahu mengubah dirinya menjadi lebih baik serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.


“Pohon hukuman ringan kerana tertuduh juga merupakan penanggung tunggal keluarganya selain perlu menjaga ayahnya yang berusia 68 tahun dan menghidap penyakit jantung,” kata peguam itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Asyikin Ibrahim. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori