Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jambatan Baharu Akan Dibina...

SUNGAI SIPUT : Jambatan baharu dengan saiz lebih lebar dan memenuhi piawaian keselamatan...

ATM Hantar 2 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar dua pegawainya bagi mengiringi bekas...

Ribuan Ahli UMNO Banjiri...

KUALA LUMPUR: Ribuan ahli UMNO mula memenuhi Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia...

4 Termasuk 3 Sekawan...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan...

Lelaki Warga Emas Hilang Dibaham Buaya Di Mukah

SIBU – Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala di sungai Batang Oya, dekat Kampung Bakong, Oya di Bahagian Mukah, hari ini.

Sili Ismail, 60, keluar menjala pada 8 pagi ini dan selepas tidak kembali ke rumah selepas beberapa jam, keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, pihaknya yang menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat pada 10.53 pagi.

Mereka telah menghantar pasukan diketuai Penolong Penguasa Bomba Bonny Martin Saging Mato untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki itu.


Operasi itu yang dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam dan polis kemudiannya menemukan bot warga emas itu di tebing sungai tersebut dengan kesan gigitan dipercayai buaya, katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya operasi mencari lelaki itu sedang giat dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori