Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pusat Transit Beri Harapan...

KUALA LUMPUR - Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, yang tidur...

Masa Depan Australia Terletak...

PUTRAJAYA: Menteri Luar Australia, Penny Wong secara terbuka mengakui bahawa masa depan negaranya...

Tiga Orang Maut Dirempuh...

BEIJING - Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan...

Suu Kyi: Pendusta Diplomatik...

PADA Sidang Asean + 4 di Manila kelmarin, Myanmar memaklumkan beberapa tindakan drastik....

Lima Kes Baharu Malaria Dikesan Di Pos Kemar

IPOH – Lima lagi kes malaria dikesan di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 84 kes berbanding 79 kes semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital kekal 77 orang iaitu 65 pesakit di Hospital Gerik manakala 12 orang di Hospital Kuala Kangsar.

“Dua orang pula diberi rawatan oleh kakitangan hospital di rumah pesakit sendiri manakala lima orang masih dalam proses penghantaran ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini tiada pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital memandangkan mereka belum sihat sepenuhnya.


Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah pesakit di perkampungan itu dijangka terus meningkat berikutan ujian slaid darah yang dijalankan kepada penduduk belum diperoleh sepenuhnya.

Ini kerana terdapat penduduk yang enggan menjalani ujian tersebut kerana merasa takut serta tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori