Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRU14: UMNO Kedah Janji...

BALING - UMNO Kedah berjanji akan memastikan negeri itu kekal di bawah pentadbiran...

Cubaan Korea Utara Lancar...

SEOUL - Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu dekat Sinpo di pantai...

BN Sabah Beri Komitmen...

KOTA KINABALU - Memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)...

Bauksit: Pemandu Lori Tetap...

KUANTAN - Ada dalam kalangan pemandu lori bauksit di daerah ini dikesan merupakan...

Mahkamah Dengar Permohonan Habeas Corpus Maria 29 Nov

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 29 Nov permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Maria, 60, memfailkan habeas corpus itu antara lain memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Gurdial Singh Nijar mewakili Maria selaku pemohon ketika pengurusan kes berkenaan hari ini.

Maria turut diwakili peguam Datuk S. Ambiga, Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Al-Saifi Hashim bertindak bagi pihak Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintenden Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gurdial Singh ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 29 Nov untuk mendengar permohonan itu dan mengarahkan kesemua responden membalas afidavit sokongan difailkan anak Maria, Azumin Mohamad Yunus, pada 28 Nov.

“Kami juga memohon supaya Maria diberi kebenaran oleh mahkamah untuk hadir pada pendengaran kes itu Selasa depan, tetapi mahkamah memaklumkan bahawa kebiasaannya bagi permohonan habeas corpus, pemohon tidak perlu hadir ke mahkamah.

“Bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk membenarkan pemohon (Maria) hadir pada prosiding kes itu ataupun sebaliknya,” kata Gurdial Singh.


Pada 22 Nov lepas, Maria menfailkan habeas corpus bagi memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta, tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya juga perintah tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA.

Anak sulung Maria, Azumin, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata penahanan ibunya di bawah SOSMA adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide atas alasan responden tidak menyatakan sebab pemohon ditahan di bawah akta berkenaan.

Azumin berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 pada Sabtu lepas.

Beliau berkata ibunya tidak mengetahui lokasi sebenar tempat tahanannya kerana matanya ditutup setiap kali dibawa keluar dari tempat tahanan itu.

Maria masih ditahan sehingga hari ini berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori