Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Jemaah Menteri Potong...

KUALA LUMPUR - Gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama...

Bahasa Malaysia Bahasa Penyatuan...

KOTA KINABALU - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Perlis Benarkan Jemaah Bersalaman

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah solat,...

Pelajar Tingkatan 4 Hilang...

Seorang pelajar tingkatan empat dipercayai hilang selepas menyertai satu perlmubaan maraton di kawasan...

Mahkamah: Kelindan Lori Didakwa Bunuh Abang Kandung

KUALA KANGSAR – Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang kandungnya pada Oktober lalu.

Tertuduh, K. Sritharan, 39, didakwa membunuh K. Gopal, 42, di sebuah rumah yang beralamat di No. 35, Jalan 3, Taman Sri Permai, Padang Rengas dekat sini, kira-kira 9.30 malam pada 29 Okt lepas.

Sritharan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna oren mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Majistret Noorhidayah Mohd Saad tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Dis ini untuk menunggu laporan bedah siasat, kimia dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 29 Okt itu, mangsa maut akibat kecederaan di tengkuk dan kening selepas terkena serpihan kaca pinggan yang dibaling tertuduh setelah berlaku perang mulut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori