Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Anggota DAP Wakili...

GEORGE TOWN – Setelah meninggalkan DAP, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang...

Pelarian Rohingnya Ketua Perompak

Ampang Jaya - Masuk ke negara ini dengan menagih simpati sebagai pelarian Rohingya,...

Pusat Pos Laju Baharu...

MELAKA - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan membuka Pusat Pos Laju baharu...

Hadi Awang Bentang Usul...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membawa...

Mahu Umat Islam Budayakan Aspek Penerokaan Ilmu

KUALA LUMPUR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam membudayakan aspek penerokaan ilmu dan memanfaatkannya untuk menjadikan mereka umat yang terbilang.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah pembudayaan ilmu perlu diberi penekanan ketika aspek mengumpul ilmu yang menjadi buruan pelbagai pihak tetapi tidak diamalkan.

Menurut siaran media MAIPs hari ini, baginda bertitah demikian ketika melawat masjid ‘Old Friday Mosque of Maldives’ di Maldives semalam.

Baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs sebanyak USD440 kepada masjid tertua di Maldives itu yang diterima oleh imamnya Muhamed Shifaz.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah aspek pembudayaan ilmu akan memacu kegemilangan umat Islam kerana kegagalan memanfaatkan ilmu diibarat oleh pepatah Arab yang membawa maksud ‘ilmu tanpa amalan ibarat pokok tidak berbuah’.

Menurut siaran media itu, sebelum ini tapak masjid berkenaan menempatkan kuil Buddha sebelum diambil alih sebagai masjid apabila Islam mula menapak di situ dalam tahun 1153.

Kerja-kerja pembinaan semula masjid itu yang menggunakan batu karang dan batu kapur dimulakan dalam tahun 1655 dan siap pada tahun 1658 dan masih digunakan sehingga ke hari ini. ‎


Raja Muda Perlis berada di Male, ibu negara Maldives selama dua hari dalam rangka lawatan kerja mengetuai delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke universiti-universiti di negara itu.

Baginda turut melawat Kompleks Islam Maldives yang turut menempatkan Masjid Al Sultan Muhammad Thakurufaan Al A’z’an yang merupakan masjid terbesar di Maldives.

Masjid yang terletak di tengah bandar Male itu mula beroperasi pada tahun 1982 dan boleh memuatkan seramai 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

Baginda turut beramah mesra dengan imam masjid Ahmed Rafe’eu‎.

Malaysia adalah antara negara Islam yang menyumbang kepada tabung pembinaan masjid tersebut.

Dalam lawatan baginda ke Maldives, baginda turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah dan Naib Canselor UniMAP, P‎rof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori