Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rezeki Dari ‘Langit’.. Not...

SINGAPURA - Para penunggang motosikal yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) tergamam sebelum...

MAHB Menang Anugerah Pemasaran...

CEMERLANG... Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk...

Agong Melawat Majlis Ugama...

BANDAR SERI BEGAWAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Kenaikan Harga Barang Bukan...

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini dipengaruhi oleh...

Malaysia, ASEAN Disaran Melabur Untuk Generasi Muda

KUALA LUMPUR – Malaysia dan negara anggota ASEAN perlu bersedia melabur untuk generasi muda bagi menentukan kesinambungan kepimpinan dan kejayaan negara pada masa akan datang.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata peranan itu juga harus dimainkan parti-parti politik dalam membantu melahirkan generasi muda yang akan membawa perubahan kepada negara.

“Di Malaysia, saya melihat sama ada UMNO mahupun kerajaan telah mengambil iktibar daripada hal ini. Maka Pemuda, Puteri dan Wanita telah pun diberi amanah, kepercayaan dan tanggungjawab untuk memimpin anak muda.

“Melabur untuk generasi muda adalah penting bagi setiap negara terutamanya dalam ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘ASEAN Pink Dialogue 2016’ di sini hari ini.

Program dialog anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu bertujuan membincangkan isu-isu cabaran yang dihadapi wanita muda dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah, selain mendapatkan pandangan pemimpin wanita muda dan memahami cabaran yang dihadapi dalam memajukan ASEAN.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO menegaskan pergerakan itu tidak akan sesekali bersaing dengan Puteri UMNO, sebaliknya akan berjuang bersama-sama demi kejayaan parti.


Menurutnya kerjasama itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa dalam membina lebuh raya politik yang kukuh.

“Puteri adalah anak kesayangan kami. Seorang ibu tidak akan bersaing dengan anaknya. Apa juga perjuangan Wanita UMNO adalah untuk menubuhkan lebuh raya politik yang akhirnya Puteri yang akan meraih keuntungan daripada perjuangan ini,” katanya.

Sambil mengakui hubungan antara Wanita dan Puteri semakin erat sejak sedekad kebelakangan ini, beliau mahu hubungan baik itu diterjemahkan menerusi program kerjasama antara kedua-duanya demi keutuhan parti.

Malahan katanya, kepimpinan Puteri UMNO di bawah ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilihat berjaya mempertingkat prestasi politik khususnya dalam membantu generasi muda lebih memahami visi Barisan Nasional. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori