Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Heroin, Syabu...

SUNGAI PETANI - Polis merampas dadah heroin dan syabu bernilai RM74,700 dan menahan...

Rakyat Perlu Ambil Iktibar...

SEREMBAN – Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kekecohan semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH)...

Salut! Fan Arsenal Popularkan...

Bagi peminat bola sepak liga Inggeris yang memilih Arsenal sebagai pasukan pilihan, mereka...

DUN Sabah Tolak Usul...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang dikemukakan Ketua...

Malaysia Kaji Jadi Hos Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik

PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengkaji kemungkinan menjadi hos Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia-Pasifik tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Katanya, ini dicadangkan oleh Australia selaku pengerusi mesyuarat meja bulat Hutan Hujan Tropika pada persidangan ke-22 Konferens Peserta-peserta Forum Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP 22) dari 7-18 November di Marrakech, Morocco.

Wan Junaidi, yang mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan itu berkata Australia tertarik dengan Astaka Malaysia di bawah siri COP, yang menonjolkan pencapaian negara berhubung langkah mengatasi perubahan iklim dan menunjukkan komitmennya dalam usaha itu.

“Jadi, kami diminta tentang kemungkinan menjadi hos Sidang Kemuncak itu tahun hadapan oleh kerana Malaysia telah membuktikan kepakaran dan komitmennya dalam melindungi ekosistem hutan hujan yang bernilai tinggi di negara ini.


“Di samping itu, negara-negara lain ingin belajar dari kebolehan dan keupayaan kita dalam memelihara sumber asli,” kata beliau pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Kawasan hutan Malaysia kini meliputi 54.5 peratus, atau sekurang-kurangnya 50 peratus dari keluasan tanah akan dikekalkan sebagai kawasan diliputi hutan dan pokok-pokok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori