Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Penjual Kosmetik...

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik secara...

4 Finalis Berentap Gelaran...

Setelah 12 minggu bertempur menghadapi pelbagai ujian, gelanggang Akademi Silat Pendekar Muda akan...

Kanak-Kanak Dilapor Hilang Ditemui...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah...

Rasa Serba Tak Kena...

Bagi sesetengah orang, akan merasakan gaya penampilan mereka kurang lengkap kalau pakaian mereka...

Mangsa Banjir Kilat Di Terengganu Meningkat 317 Orang

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir kilat di negeri Terengganu meningkat kepada 317 mangsa daripada 79 keluarga di lima pusat pemindahan setakat pukul 9 pagi tadi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Info Banjir menyatakan dua buah pusat pemindahan baharu dibuka di Kuala Terengganu iaitu di Sekolah Kebangsaan Chendering yang kini menempatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Manakala sebuah lagi pusat pemindahan dibuka di daerah Kemaman iaitu di Balai JKKK Kampung Titi Berayun yang menempatkan lima mangsa dari sebuah keluarga.

Di pusat pemindahan Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik, mangsa meningkat kepada 256 orang daripada 65 keluarga, manakala di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Telok Kalong jumlah mangsa setakat ini adalah 43 orang dari lapan keluarga.

Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek pula menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga.


Semalam daerah Kemaman dan Kuala Terengganu dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang turun lebih dari lapan jam mengakibatkan jalan raya dilimpahi air dan rumah di kawasan rendah dinaiki air. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori