Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Turki Tidak Gentar Sekatan...

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki tidak akan berganjak dari...

3 Anggota Polis Ditahan...

SERDANG - Pasukan khas Bukit Aman menahan tiga anggota polis selepas mereka didapati...

Tanah Terbiar Milik Persendirian...

MELAKA - Seluas 3,628 hektar tanah milik persendirian di negeri ini merupakan tanah...

4,046 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 direkodkan melepasi angka 4,000 dengan 4,046 kes hari...

Mangsa Tanah Runtuh Lebih Tenang Selepas Kaunseling

HULU SELANGOR – Sesi kaunseling yang diberikan kepada mangsa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini dikatakan banyak membantu mereka merasa lebih tenang menghadapi kejadian itu.

“Saya amat bersyukur kehadiran pegawai JKM dan KKM kerana bantu saya untuk tenang dan tidak trauma dengan apa yang berlaku pada saya serta anak-anak saya,” kata Kamariah Ali Mohamad, 46.

Sesi kaunseling itu dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Kaunselor JKM, Nurhafizah Abdul Aziz berkata sesi kaunseling perlu diadakan bagi mengetahui tahap kesan trauma yang dialami mangsa.

Sementara itu ibu kepada mangsa yang dilaporkan cedera dalam itu, Norazian Abdul Mutalib, 50, bersyukur anak dan keluarganya selamat.

“Alhamdulillah selepas apa yang berlaku, anak saya selamat, itu yang penting bagi saya,” katanya.


Beliau berkata buat masa ini beliau tidak merancang untuk berpindah.

“Hati saya terpaut di sini. Namun sekiranya kawasan perumahan ini tidak lagi selamat didiami, baru saya fikir langkah seterusnya,” katanya.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 340 individu daripada 64 keluarga terjejas dan mereka diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori