Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Elemen Kematian Kevin Morais...

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan menegaskan empat elemen pertuduhan termasuk kematian Timbalan Pendakwa Raya, Datuk...

Mangsa Culik Di Sandakan...

KOTA KINABALU - Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik...

Lebih 300,000 Mohon Rumah...

KUANTAN - Kerajaan bercadang membina lebih 200,000 unit projek perumahan penjawat awam 1Malaysia...

Hebat… Aksi Polis Ini...

SEKEPING gambar yang memaparkan aksi hebat seorang anggota polis sedang memberkas seorang peragut...

Maria Chin Fail Habeas Corpus Pohon Dibebas Serta Merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), hari ini memfailkan permohonan habeas corpus supaya beliau dibebaskan serta-merta.

Permohonan habeas corpus itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mewakilinya Datuk S. Ambiga menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Maria, 60, selaku pemohon menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Superintenden Tham Lai Kuan, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjangperbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya.

Maria juga memohon perintah agar tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA atau perintah lain.

Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata penahanan ibunya di bawah SOSMA adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide atas alasan responden tidak menyatakan sebab pemohon ditahan di bawah akta berkenaan.


Azumin berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.

Beliau yang hadir di mahkamah berkata ibunya tidak mengetahui lokasi sebenar tempat tahanannya kerana matanya ditutup setiap kali dibawa keluar dari tempat tahanan itu.

Katanya beliau ada melawat ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Ahad lepas.

Maria masih ditahan sehingga hari ini berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5 di sini pada Sabtu lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori