Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Ron 95, 97...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97...

Marcelo Didenda RM3.62 Juta

MADRID - Marcelo diarah membayar denda sebanyak €753,624 (RM3.62 juta) bagi menyelesaikan kes...

APMM Cadang Bot Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mencadangkan setiap bot nelayan memasang...

Melaka Tukar Lampu Jalan...

MELAKA - Melaka kini dalam proses perbincangan untuk menukar sebanyak 120,000 lampu jalan...

Masalah Jerebu Di Miri Ditangani Secara Berkesan

KUCHING – Syarikat yang memiliki tanah berskala besar di negeri ini disyaratkan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani secara berkesan kebakaran hutan tanah gambut bagi mengatasi masalah pencemaran akibat jerebu.

Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata SOP itu adalah garis panduan tindakan segera yang perlu dilakukan oleh syarikat berkenaan jika cuaca panas dan kering berterusan selama lima hari berturut-turut dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 50 manakala Indeks Cuaca Kebakaran (FWI) mencecah tujuh.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri Piasu Datuk Sebastian Ting pada hari kedua persidangan DUN di sini hari ini.

Ting bertanya apakah dasar dan pelan tindakan segera yang akan dilaksanakan untuk menghentikan masalah jerebu yang setiap tahun dihadapi di Miri.

Beliau juga mahu tahu apakah jaminan kerajaan untuk memastikan pembakaran secara terbuka dan jerebu tidak berulang.

Len berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) pada Ogos lepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Naim Land Sendiran Berhad, Shin Yang Forestry Sendirian Berhad, Woodman Group of Companies dan Pantai Bayu Indah Sendirian Berhad untuk pelaksanaan SOP itu.

Mengenai masalah jerebu, Len berkata ia disebabkan kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Baram.


“Pada Februari hingga Mac tahun ini, hutan tanah gambut seluas 1,888 hektar terbakar menyebabkan masalah jerebu yang mencatatkan bacaan IPU pada paras berbahaya iaitu 321 pada 22 Feb,” katanya.

Len menambah beberapa tindakan lain juga diambil atau sedang dilaksanakan.

“Ia termasuk pembinaan menara tinjau untuk memantau kebakaran tanah gambut dan pembakaran haram, pembinaan empangan kawalan untuk mengawal paras air dan telaga tiub untuk menyediakan sumber air bagi operasi pemadaman.

“Pengeboman air di udara dan pembenihan awan juga telah dilaksanakan,” katanya.

Len berkata kaedah lain termasuk pembekuan sementara pengeluaran permit pembakaran terbuka semasa musim panas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori