Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Generasi Pertama Pemimpin Singapura,...

SINGAPURA - Othman Wok, bekas anggota Kabinet dan seorang daripada pendukung awal dasar...

Selesai Isu Ruang Udara,...

DALAM suasana tenang, tiba-tiba muncul isu di antara Malaysia dan Singapura masing-masing membabitkan...

Swasta Digalak Bina Lebih...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menggalakkan pihak swasta menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di...

Pelajar Universiti Nanjing Beratur...

Pada ketika golongan muda di Malaysia menghadiri konsert artis Korea K-Pop, golongan muda...

Masih Belum Lagi Terlambat Temui Cinta

MIAMI (Amerika Syarikat) – Seorang wanita akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada usia 80 tahun selepas menemui lelaki pilihannya yang berusia 95 tahun di sebuah rumah jagaan orang tua.

Maria Teresa berkahwin dengan pasangannya, Carlos Victor Suarez yang dia katakan cinta pandang pertama selepas berkenalan di Pusat Pemulihan dan Jagaan Aventura Plaza, Miami.

ā€œKali pertama melihatnya saya terus rasa bahagia,ā€ kata Suarez kepada akhbar Miami Herald.

Pasangan itu berkenalan pada awal tahun ini dan tidak pernah sekali pun terpisah sejak itu apabila menghabiskan hampir setiap waktu bersama.

Suarez akhirnya melamar Maria selepas lapan bulan berkasih dan wanita itu akhirnya menamatkan zaman bujangnya dalam majlis perkahwinan baru-baru ini, yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Pengurus Aventura Plaza, Allison Almirola berkata: ā€œKami benar-benar mahukan majlis itu menjadi pengalaman indah untuk Maria kerana ini kali pertama dia merasai perkahwinan.ā€


Sementara itu, Maria yang gembira dengan perubahan statusnya menyifatkan suami barunya itu sebagai anugerah Tuhan.

ā€œSaya kesepian selama ini dan dialah anugerah Tuhan yang mengisi kekosongan itu. Memang tidak ada istilah terlalu lambat untuk menemui cinta,ā€ katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori