Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penunjuk Perasaan Di Jakarta...

Mynewshub mynewshub mynewshub

Puad Sindir PPBM Ada...

SINIS... Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi melontarkan soalan cepumas kepada Tan Sri Muhyiddin...

Golongan Muda Perlu Kikis...

KANGAR - Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan golongan muda...

Setahun Rawat Hati, Mimi...

Setahun mengubat hati selepas melalui proses penceraian dengan bekas suami, kini penyanyi Mimifly...

Masih Budak Tapi Dah Gatal Cari Kekasih

‘LAMBAKAN’ iklan cari jodoh di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak yang masih bersekolah.

Pemerhatian Mynewshub mendapati ramai kanak-kanak yang masih bersekolah seawal umur 12 hingga 17 tahun ‘mengiklankan’ diri untuk mencari kekasih.

Tekan sahaja kata carian ‘Jom Couple’ atau apa sahaja perkataan berkaitan single dan jodoh, anda akan dapat melihat ‘gelagat’ kanak-kanak ini mencari kekasih dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Perkongsian seorang kanak-kanak di laman Facebook baru-baru ini mendapat kritikan netizen apabila mengiklankan dirinya untuk mencari pasangan yang berusia 13 tahun.

Netizen menganggap kanak-kanak itu perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak perlu sibuk mencari jodoh.

Masih Budak Tapi Dah Gatal Cari Kekasih

Tidak kurang juga berkongsi gambar yang jelas menunjukkan usia mereka seumpama baru ‘setahun jagung’ dalam kehidupan ini.


Ada juga akaun dalam Facebook yang khusus untuk mencari pasangan dan ianya adalah kumpulan tertutup dan individu yang berminat perlu menyertainya sebelum mencari pasangan.

Adalah tidak salah mencari pasangan di laman sosial tetapi perlulah bersesuaian dengan usia.

Sewajarnya, di usia muda itu, kanak-kanak ini perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bukannya ‘sibuk’ mencari pasangan.

Netizen turut mengesa ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak bukan sahaja di luar rumah tetapi juga di laman sosial kerana bimbang ‘wujud’ pula kegiatan sosial yang membawa keburukan nanti. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori