Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cara Baru Promosi Tudung,...

MEMANDANGKAN sekarang ini kebetulan tengah kemuncak musim buah, jadi ramai tidak lepaskan peluang...

Pengurusan Kes Rayuan Peguam...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan...

Lelaki Cedera Ditembak Dihadap...

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang ditembak di hadapan sebuah bank di sini...

94 Mati Selepas Minum...

Mumbai - Sekurang-kurangnya 94 penduduk sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini mati...

Masyarakat Perlu Ambil Manfaat Penubuhan UMK

JELI – Golongan petani, peniaga dan usahawan perlu mengambil manfaat daripada kewujudan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memajukan bidang yang mereka usahakan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata mereka digalakkan untuk mendapatkan ilmu perniagaan, teknologi moden dan inovasi yang disediakan oleh universiti itu dalam usaha membangunkan kehidupan masyarakat yang maju.

“Kami (UMK) menyediakan pendekatan yang berbeza dalam kerjasama dengan masyarakat mengikut perkembangan semasa bagi memastikan manfaat dapat dikongsikan bersama melalui pakar-pakar kami dalam pelbagai bidang,” katanya.

Hamad Kama Piah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pertanian 2016 di UMK Kampus Jeli di sini, malam tadi.


Beliau berkata pelajar dan pensyarah universiti berkenaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam memberi khidmat nasihat melalui aktiviti yang dirancang untuk masyarakat.

“Kami mempunyai peranan bagi menghasilkan teknologi baharu melalui penyelidikan untuk masyarakat dapat memajukan sektor pertanian, perniagaan dan keusahawanan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori