Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kabinet Tarik Balik Moratorium...

SUBANG JAYA – Kabinet bersetuju membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan beberapa akta...

Banyak Isu Lebih Penting...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak dalam pakatan pembangkang...

Didakwa Elak Duti RM2...

KLANG - Seorang pemilik gudang dan pengarah syarikat ejen penghantaran pengangkutan dihadapkan di...

VIDEO: Dewi Remaja.. Cantik...

ORANG kata kalau nak jadi ikon atau role model, seseorang itu perlulah terdiri...

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’ Che Det – Syed Hussein

KUALA LUMPUR – Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai dua pemimpin negara yang belot terhadap UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keperluan bagi mengetahui dosa-dosa lampau mereka.

Beliau yang banyak menulis buku-buku genre politik sejak 1970-an merasakan penghasilan buku ‘Dosa-Dosa Che Det‘ dan ‘Muhyiddin Yassin Petualang‘ adalah merupakan salah satu karya terbaiknya sepanjang bergelar penulis.

Menurut Syed Hussein, beliau perlu memberitahu perihal perkara sebenar yang melanda politik di negara ini khususnya yang melibatkan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

“Kenapa saya tidak tulis buku tentang jasa-jasa Mahathir, selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, lebih kurang 30 hingga 40 buah buku semua cerita tentang jasa-jasa dia.

“Kita sebagai penulis, kalau warna itu hitam, kita tidak boleh cakap ia warna biru atau hijau, kalau merah kita kata merah,” katanya ketika ditemui di booth jualannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Tambah Syed Hussein lagi, penulisan buku bukan hanya kontroversi, namun ia juga merupakan insiden yang benar-benar berlaku kerana beliau telah lama mengenali kedua pemimpin ini.


“Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya, mereka malah boleh bawa saya ke mahkamah.

“Buku saya memang kontroversi, kalau tak saya tak nak tulis,” ujarnya yang turut berada pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 kali ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori