Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

8 Tahun Hanya Alyah...

SETELAH membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk...

Temuduga Kerja Paling Menakutkan,...

CHINA – Mungkinkah ini temuduga kerja yang paling menakutkan di dunia? Apa tidaknya...

Mengapa Khai Bahar Tak...

PENYANYI Khai Bahar berkongsi beberapa perkara mengenai dirinya termasuklah soal cinta. Khai memberitahu dia...

Prasarana Mula Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi...

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui Dengan Kesan Kelar

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher dan perut di sebuah tokong di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah di sini hari ini.

Mayat Kan Thuo, 37, yang berlumuran darah ditemui seorang lelaki tempatan yang melalui kawasan itu pada pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil siasatan, lelaki Myanmar itu dikatakan tinggal menyewa tidak jauh dari kawasan mayatnya ditemui.

“Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu diserang di rumahnya sebelum dia keluar untuk mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna biru dipercayai milik seorang lelaki Myanmar berhampiran mayat lelaki itu ditemui.


Mayat dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori