Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ditahan Kerana Letak Selipar...

Itulah, orang tua-tua selalu berpesan, fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana ditakuti...

Alahan Mengandung, Amyra Rosli...

MESKIPUN mengalami alahan namun itu tidak menghalang pelakon, Amyra Rosli, 26, yang kini...

1 Pertiga Daripada Populasi...

PUTRAJAYA - Sebanyak satu pertiga daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi...

Moratorium Bauksit Dilanjutkan Sehingga...

PUTRAJAYA - Tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya...

Mayat Pelajar Madrasah Lemas Dijumpai

KUCHING – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berkayak berjaya menemukan mayat pelajar lelaki yang dilaporkan hilang di tepi pantai Damai, Santubong kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Aslam Husaini, 19, dijumpai pada 8.20 pagi di tepi pantai, 20 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Dalam kejadian 10 pagi semalam, mangsa bersama dua lagi rakannya dilaporkan sedang bermain di kawasan batu di pantai berkenaan apabila ketiga-tiganya dipercayai terjatuh ke dalam laut, kemungkinan dipukul ombak.

Jurucakap itu berkata dua rakannya bagaimanapun berjaya berenang ke tepi pantai untuk menyelamatkan diri.


Katanya mangsa bersama rombongan dari Madrasah Darul Ulung Al-Fatah, Jalan Depo, Samariang, Kuching merupakan antara 46 pelajar dan tiga guru pengiring sedang mengikuti aktiviti rekreasi di pantai berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori