MIRI – Mayat warga Vietnam yang mati lemas di sungai Kemena, Bintulu ditemukan pada 9.10 pagi ini oleh orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel berkata, mangsa seorang lelaki dikenali dengan nama Le Minh Chien, 48, dijumpai 50 meter dari tempat kejadian.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Bintulu,” katanya hari ini.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tersebut semasa sedang membuang air kecil pada 5 pagi semalam.
Ketika kejadian berlaku mangsa berada di bahagian kapal tempatnya bekerja. – BERNAMA