Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Afif Merendah Diri, Tak...

AHMAD Afif Amran menjelaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perebutan takhta keseluruhan...

Tular Kit Siang ‘Disekolahkan’...

MALU... Mungkin kerana kenyataan 'bodoh' beliau yang dakwa konon Orang Asli belum diberi...

Empat Anggota TLDM Hadapi...

LUMUT - Seorang Laskar Kanan TLDM Mohd Izhrifikri Roslee, yang didakwa pada Jumaat...

Media Akan Dibawa Lihat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan berhasrat menggunakan media massa bagi melihat sendiri tugas...

Maybank Taja 400 Wanita Pengusaha Tenunan Di Indonesia

LOMBOK – Yayasan Maybank menaja 400 wanita Malaysia untuk mengikuti latihan tenunan kain tradisional di Lombok dan Sumatera Barat sebagai usaha membantu kaum wanita keluar daripada kelompok kemiskinan.

Menerusi program yang dikenali sebagai ‘Penenun Eko Wanita Maybank’ itu, Yayasan Maybank menaja pusat tenunan kain di kawasan luar bandar bagi menyediakan satu skim latihan intensif selama beberapa bulan kepada wanita terlibat.

Pengerusi Kumpulan Maybank dan Yayasannya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata program selama tiga tahun itu bermula di Kemboja tahun lalu sebelum diperluaskan ke Indonesia tahun ini.

Katanya, seramai 400 wanita Malaysia akan diberi latihan tenunan di empat kawasan, iaitu Lombok Tengah dan Lombok Timur di Nusa Tenggara Barat serta Sawahlunto dan Tanah Datar di Sumatera Barat.

“Latihan yang akan diberi termasuk teknik dan pengetahuan mengenai tenunan, proses pewarna semula jadi, pemasaran, promosi dan kewangan dan kita juga akan menyediakan sokongan modal dari segi pembiayaan mikro kepada pelatih untuk membolehkan mereka berdikari,” katanya ketika melancarkan program itu di Mataram, di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Indonesia, Taswin Zakaria dan CEO Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin.

Sementara itu, Shahril Azuar berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan program itu di Laos tahun depan dan di semua negara ASEAN dalam masa tiga tahun.

Katanya, Yayasan Maybank memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk program tanggungjawab sosial korporat bagi menjayakan pelbagai program membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin supaya dapat berdikari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori