Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Ugut Potong Bekalan...

MENTERI pertanian Israel mengancam akan memotong brkalan air dari Israel ke Jordan sebagai...

Polis Langgar Larangan Merokok...

JOHOR BAHRU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar...

Mahu Bantu BN Pada...

SELEPAS sindir isu penahanan anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali...

“Kucing Mati Tu Saya...

BAGI seorang pemilik haiwan peliharaan, anda pasti mempunyai dilema apabila hendak meninggalkan kediaman...

Media Luar Tidak Lapor Muslim Rohingya Dizalimi

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mempersoalkan mengapa media antarabangsa tidak melaporkan tentang insiden pembunuhan kejam etnik muslim Rohingya di Myanmar.

Yang Dipertuanya, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, media antarabangsa yang selama ini lantang kononnya memperjuangkan hak dan keadilan tiba-tiba berdiam dir mengenai nasib etnik Rohingya.

“Media antarabangsa seolah tidak mahu melaporkan serta berdiam diri terhadap isu ini yang berlaku saban hari. Media antarabangsa mesti membongkar kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar agar dunia dapat mengutuk keras tindakan mereka.

“Kita tidak mahu berita Rohingya yang terkandas di laut dan digelar sebagai ‘people of the boat’ berulang kembali. Oleh sebab itu, apa yang dilakukan ke atas etnik Rohingya ini wajiblah ditentang habis-habisan dan dihentikan serta merta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Syeikh Abdul Halim melahirkan rasa kecewa di atas sikap pemimpin dunia yang masih berdiam diri di atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Jelas beliau, masyarakat Rohingya yang beragama Islam telah dizalimi dan ramai yang dibunuh dengan kejam.


“Kampung-kampung etnik Rohingya dibakar, masjid dimusnahkan, wanita diperkosa, anak kecil tidak berdosa turut dibunuh tanpa belas kasihan.

“PUM mendesak agar kerajaan Myanmar menghentikan serta-merta kegiatan genocide ini. PUM juga meminta campur tangan kerajaan Malaysia dan negara-negara Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori