Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Permohonan S/U Akhbar PM...

KUALA LUMPUR - Permohonan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin...

Zakar Pemandu Uber Cuba...

KUALA LUMPUR - Kisah pemandu Uber biadab melakukan jenayah serangan seksual terhadap pelanggan...

Peniaga Jijik Jemur Sotong...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang peniaga sedang menjemur sotong kering tanpa mengunakan sebarang...

DAP Usir Melayu Keluar...

GEORGE TOWN - Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah...

Memandu Mabuk, Kontraktor Didenda RM3,000

KUALA LUMPUR – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol, seorang kontraktor didenda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Khalil Mohd. Aljunid, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Ampang di sini, pada 7 pagi, semalam.

Terdahulu, Khalil yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda yang minimum dengan alasan dia mempunyai masalah kewangan.

“Ini kesalahan pertama saya… saya tahu saya beragama Islam, saya tidak patut berbuat begitu, saya menyesal,” katanya.


Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim, bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesalahan sama tidak berulang, memandangkan tertuduh beragama Islam.

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori