Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ustaz Azhar Idrus Terlibat...

JIKA sebelum ini, hanya ahli politik dan selebriti terkenal sahaja yang sering kali...

EKSKLUSIF : Ratu Elizabeth...

Surat dan persembahan hadiah dari pereka kasut Malaysia Zul Mohd dengan jenama Emmett...

Rogol, Aib, Trauma Dan...

KUALA LUMPUR - Jenayah seksual adalah igauan buruk bagi mana-mana kanak-kanak perempuan mahupun...

‘Bossku’ Dikerumuni Warga Sandakan

KOTA KINABALU - Ratusan orang mengerumuni bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MH370 Hilang Kawalan Sebelum Terjunam Ke Laut

PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, dipercayai menjunam ke dalam laut tanpa dikawal selepas berhubung kali terakhir dengan satelit, menurut analisis terbaru.

Laporan terbaru yang didedahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada Rabu menjelaskan tentang situasi terakhir pesawat itu sebelum hilang pada Mac 2014 lalu.

“Maklumat analisis tambahan komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit sangat konsisten dengan menunjukkan pesawat itu pada kedudukan tinggi dan menjunam dengan pantas.

“Selain itu, analisis daripada flaperon mendapati bahagian sayap pesawat itu tidak digunakan bagi tujuan pendaratan cemas,” jelas ATSB.

Berdasarkan simulasi penerbangan yang dibuat oleh ATSB, pesawat MH370 berpusing pada saat-saat akhir dan menjunam dengan kelajuan 25,000 kaki per minit.

Pakar penerbangan daripada Airlineratings.com, Geoffrey Thomas memberitahu CNN, laporan ATSB itu menyangkal teori yang mendakwa juruterbang mengemudi pesawat tersebut dan melakukan pendaratan cemas di laut.


“Perkara penting dalam laporan itu adalah bahagian sayap yang ditemukan di Tanzania, tidak digunakan semasa mendarat, sekali gus menunjukkan tiada siapa mengawal pesawat tersebut.

“Pesawat MH370 berada dalam luar kawalan, kehabisan minyak dan terhempas ke dalam laut pada kelajuan tinggi,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH370

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori