Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Gila…Kepala Bayi Terputus Dan...

SANGAT cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia...

Bahang Panas Pertama Direkodkan...

SYDNEY - Benua paling sejuk di dunia didapati tidak kebal terhadap peningkatan suhu...

Jangan Tarik Tali Krisis...

BATU PAHAT - Kerajaan Selangor diminta supaya tidak terus bermain 'tarik tali' berkenaan...

23 Mangsa Di Kuala...

KUANTAN - Seramai 23 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Beletik, Lubuk Kulit,...

Menteri Tegur Usah Buat Program Syok Sendiri Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya (MPPWP) ditegur agar tidak membuat program ‘syok sendiri’ sebaliknya menjalankan aktiviti bagi memenangi hati rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta MPPWP dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) supaya melaksanakan program-program turun padang untuk bertemu masyarakat dan menyelami permasalahan mereka.

“Saya tidak puas hati terhadap pencapaian program-program yang dilaksanakan selama ini di Putrajaya. Program dibuat kelihatan syok sendiri, sepatutnya kita perlu buat program untuk mengetahui isi hati dan apa rakyat mahukan.

“Program dibuat tidak tepati kehendak rakyat, maka mereka menyalahkan kerajaan. Saya mahu program dijalankan mendahulukan kepentingan rakyat dan apa yang rakyat mahu,” katanya.

Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Komuniti dan Hari Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini, hari ini.

Justeru, beliau turut mahu para perwakilan penduduk memberikan maklumat sahih agar rakyat tidak keliru berhubung beberapa isu pada masa ini terutama ada pihak tertentu mengambil kesempatan menokok tambah maklumat tidak benar.


“Jadi, dalam situasi ini, MPPWP dan PPJ, jangan hanya memegang jawatan dan merosakkan nama kerajaan sahaja tetapi memainkan peranan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Tengku Adnan.

Sementara itu, beliau turut meminta warga Putrajaya bersama-sama menjaga segala kemudahan disediakan oleh kerajaan demi manfaat mereka.

Katanya, perkara ini merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan kemudahan itu dijaga dan diselenggara dengan baik.

Mengenai karnival, beliau berkata ia dapat mengukuhkan hubungan baik antara PPj dengan komuniti ceria di Putrajaya serta memupuk semangat kebersamaan dan kesukarelawan dalam kalangan anak-anak muda melalui pengisian aktiviti karnival. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori