SIBU – Majlis Perbandaran Sibu (MPS) meminta orang ramai agar bersabar dengan segala aduan yang diluahkan terhadapnya, kata Pengerusi MPS, Datuk Tiong Thai King.
Beliau berkata ini kerana sesetengah aduan itu tidak dapat diselesaikan dengan segera.
“Latar belakang sesuatu aduan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dilakukan, katanya semasa mempengerusikan mesyuarat penuh MPS hari ini.
Tiong berkata pengadu akan dimaklum tentang kekangan yang dihadapi majlis itu terutama yang membabitkan soal pembiayaan.
Beliau berkata MPS mengambil keputusan unuk menukar kawasan parkir di sepanjang Jalan Channel, Jalan Bengkel dan Jalan Khoo Peng Loong sebagai kawasan menurun dan memuat barangan.
Ini disebabkan kesesakan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan akibat memparkir kenderaan mereka sesuka hati di laluan berkenaan, katanya. – BERNAMA