Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Boeing Akan Gantung Pengeluaran...

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing, pada Isnin berkata ia akan menggantung...

Sesak 10km Di PLUS,...

TAIPING - Seorang kanak-kanak parah manakala ibu bapanya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan...

Nur Aisyah Dipercayai Dibunuh

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang dilapor hilang akhir bulan lepas ditemui mati...

Sumpah Laknat Najib Tak...

KOTA KINABALU - Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata sumpah laknat yang dilakukan...

Mufti Seru Bersih 5 Demo Bantah Pengganas Buddha

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta peserta demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 mengadakan perhimpunan sama di ibu negara tetapi bagi membantah pembunuhan umat Islam di Rohingya oleh pengganas Buddha.

Beliau tidak berterus terang menujukan permintaannya itu ke atas peserta Bersih 5, namun kenyataannya yang menyebut mereka yang sanggup berdemonstrasi perlu mengadakan demonstrasi tersebut mengambarkan pihak yang dimaksudkan.

“Kita berharap mereka yang sanggup turun berdemonstrasi isu-isu tertentu akan menunjukkan perasaan bantahan atas kezaliman yang jelas ini. Ini ada kekejaman yang amat dahsyat.

“Kita juga berharap persatuan dan pertubuhan Buddha di negara ini menzahirkan bantahan mereka. Ini seperti mana kita umat Islam menzahirkan bantahan jika ada keganasan yang dilakukan oleh orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan anti kerajaan, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai DAP dan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan demonstrasi Bersih 5 pada 19 November lalu.


Perhimpunan itu bagaimanapun gagal mendapat sambutan rakyat dengan anggaran cuma kira-kira 15,000 orang menyertainya dan majoriti mereka adalah kaum Cina.

Seruan Mufti Perlis supaya mengadakan bantahan ke atas kekejaman itu bagaimanapun disambut hambar segelintir pengikutnya dilaman Facebook beliau. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori